Hiburan By: Padin October 9, 2023 @ 4:32pm

Selepas Dapat Reaksi Positif, Bagindas Bakal Adakan Konsert Pertama di Malaysia

Kumpulan muzik Indonesia, Bagindas bakal mengadakan konsert pertama di Malaysia, Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu.

Mendapat maklum balas positif dalam kalangan peminat ketika muncul di konsert Kangen Band yang berlangsung pada 2 September lalu, konsert Bagindas akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur, jam 8 malam, pada 30 November ini.

Bagindas yang dianggotai empat anggota kumpulan iaitu Andra, Wendy, Fery dan Ragil itu bakal membawakan sesuatu yang cukup istimewa dan eksklusif buat seluruh peminat setia.

Andra yang mewakili Bagindas meluahkan rasa gembira dan menganggap Malaysia sentiasa menjadi lokasi yang dinanti-nantikan untuk mereka mengadakan konsert.

“Kami bakal menyajikan sesuatu yang istimewa untuk semua peminat. Selama ini kami sentiasa menunggu peluang untuk mengadakan konsert sulung di Malaysia.

“Kami sering menerima permintaan daripada peminat yang mahu kami datang ke Malaysia untuk membuat konsert. Kami menganggap tahun ini adalah waktu yang tepat dan rezeki untuk kami bertemu dengan peminat Bagindas,” kata Andra.

Menurut penganjur, Purosangue Entertainment, konsert Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu itu bakal mencetuskan satu lagi fenomena.

“Band Bagindas bukanlah asing dalam kalangan pencinta muzik tanah air. Kebanyakan lagu-lagu mereka cukup melekat dan menjadi pujaan peminat di kedua-dua negara.

“Jadi, melihatkan sambutan dan sokongan padu yang diberikan kepada Bagindas membuatkan kami cukup yakin untuk menganjurkan konsert ini.

“Berbekalkan kredibiliti yang dimiliki Bagindas, mereka mampu menghiburkan peminat kerana kami percaya kumpulan ini mempunyai pengikut tegar di sini,” katanya.

Sesuatu yang cukup istimewa juga apabila pada Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu ini apabila Bagindas bakal mempersembahkan kelainan dari segi muzik menerusi kolaborasi bersama DJ Rycko Ria.

Gabungan muzik campuran semula atau remix daripada Bagindas X DJ Rycko Ria pastinya sesuatu yang cukup dinanti dan mengujakan kerana ia bertepatan dengan cita rasa pendengar masa kini.

Tiket untuk menuyaksikan Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu dijual pada harga RM3600 (VIP Box); RM200 & RM225 (Seating Price); RM179 (Normal Standing Ticket Price); RM139 (Early Bird Standing Price) dan pembelian tiket boleh dibuat di laman web www.purosangue.live

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Wed, 23 May 2018

Deja Moss Kelu, Akui Biasa Hidup Sendiri

Bagi saya sekarang, kalau hidup berdua atau sendiri, sama saja sebab memang selalu ditinggalkan. Pendek kata, saya sudah biasa hidup seorang diri…

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

’Saya Nak Tanya Tapi Segan’- Zaaim Teringin Duet Dengan Mentor

Ala Zaaim… apa nak segannya. Rugi tau segan-segan ni!

Featured Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Sat, 25 May 2019

Lepas Berjaya Dengan Tudung, Neelofa Buka Kafe Signature Pula!

Pembukaan cawangan terbaharu berkonsepkan kafe tersebut dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.