Hiburan By: SGMS Fas July 2, 2019 @ 5:33pm

‘Tipulah Tak Takut’- Scha Alyahya Komen Isu Penceraian Rakan Selebriti

Pasangan selebriti, Scha Alyahya dan Awal Ashaari mengakui berita perceraian golongan selebriti sedikit sebanyak memberi kesan terhadap mereka.

Scha atau pemilik nama penuh, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkata, perkongsian duka terbabit dijadikan peringatan bagi menjaga keharmonian rumah tangga.

“Bukanlah hendak menghakimi pasangan selebriti lain, cuma berita begini membuatkan saya sendiri pernah bertanya kepada Awal sama ada kami akan bersama selamanya. Tipulah jika tidak gusar, kerana ia berlaku dikalangan rakan selebriti satu industri.

“Pucuk pangkalnya, jodol dan ajal terletak di tangan Tuhan. Namun, sebagai suami isteri, kita harus memainkan peranan masing-masing bagi memastikan rumah tangga terus harmoni dan bahagia.

“Rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda badai, cuma jika timbul masalah hanya dikongsikan bersama keluarga dan teman rapat sahaja. Tidaklah sehingga dikongsikan di sosial media sehingga dapat dihidu oleh netizen,” katanya kepada Xtra.

Scha mengulas mengenai berita perceraian dikalangan selebriti yang menjadi perbualan ramai kebelakangan ini ketika ditemui di Rumah Terbuka Schawal baru-baru ini, di sini.

Pasangan yang mendapat jolokan Posh dan David Beckham Malaysia itu mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia lima tahun.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

Muaz Kool FM Timang Anak Kedua, Tahniah!

Emirza dah jadi Abang Long!

Featured Mon, 26 Sep 2022
Fab Foodies! Thu, 9 May 2019
Featured Fri, 11 Nov 2022

“Six Seratus Sudah Sayang!” – Gelagat Maryam Tersasul Buat Netizen Ketawa

Sudah pasti ramai yang mengenali pasangan suami isteri Maryam Younarae dan suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sering kali mencuit hati peminat dengan telatah comel mereka. Terbaharu, rakaman siaran langsung pasangan itu telah dimuat […]

Hiburan Tue, 22 Oct 2019

Ibarat Keluarga…Repvblik Kongsi Tips Kekal Bertahan

12 tahun kekal bersama, apa rahsianya?