Hiburan By: Del14 September 13, 2019 @ 1:34pm

Tiz Zaqyah Kecewa Dengan Mentaliti Pengotor

Siapa tidak sedih dan kecewa, kalau tempat yang pernah memberi ketenangan, kini penuh sampah sarap dan bunyi bising lagu dangdut.

Perasaan itulah diluahkan pelakon jelita, Tiz Zaqyah di Twitternya selepas melawat pulau pelancongan popular Langkawi, minggu lalu.

“Kali pertama saya pergi Pulau Dayang Bunting pada tahun. 2012. Cantik, tenang, air tasik sejuk dan bersih. Bunyi fauna dan tak begitu ramai pengunjung. Bestlah!

“Minggu lepas, saya pun excited lah nak terjun tasik tu lagi, selepas sekian lama kan! Sampai saja sana, terus potong mood happy tu.

“Ramainya manusia, ya Rabbi! Sampah hmmm… tak payah cakap lah! Depan mata orang buang tisu sana sini. It was SIMPLY TOO CROWDED! Entrance fee RM3,” luahnya.

Kata Tiz, keadaan terlalu ramai sehinggakan jadi ‘traffic jam’ di tangga ke tasik dan sebaik saja hampir tiba ke tasik, lagu dangdut ala ‘fengtau’ dipasang dengan kuat.

“Dum dum dum dum! I came here to enjoy the sounds of birds and view. Apa ni semua????

“Nak menangis tengok keadaan dasar kat tasik tu. Habis. Dengan air di pinggir tasik berbuih (stale dirty water). Human beings everywhere in the lake!”, katanya.

Tiz melihat ada keluarga tidak jadi masuk nak masuk berenang dan beberapa lagi patah balik kerana kecewa.

Dia kemudian meninggalkan lokasi itu dan cuba pergi ke Pulau Beras Basah pula.

“Ada la sorang dua yang kerja kutip sampah manja-manja. Sama juga! Cabut pula ke Pulau Singa Besar. Astaghfirullah, sampah sarap dihanyut begitu saja di pulau!

“Saya pernah ke banyak tempat dan sangat mengecewakan melihat perubahan yang berlaku di sini.

“Den duduk termonong jo lah flashback zaman pulau-pulau ni semua bersih, cantik. Semua salah kita! Manusia takde adab ni :(,” tulisnya lagi.

Tiz turut mempersoalkan kenapa tiada peraturan menghadkan jumlah pelancong, pemantauan dan kesedaran daripada pengusaha serta pelancong berkenaan kebersihan di lokasi tumpuan.

Katanya, apatah lagi apabila siap Taman Tema Air Mega di Langkawi kelak, pasti akan mengundang lebih banyak masalah sampah dan kepadatan pelawat melampau.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Sampai Ke Antarabangsa Mendapat Liputan, Apa Kisahnya?

Bila berada di antarabangsa mendapat liputan, apa yang istimewanya selebriti ini

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Events Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Penat Hidup Solo, Penyanyi Dangdut Ini Mohon Jodoh Tahun Depan

Semoga berjumpa lelaki yang tepat ya…

Hiburan Fri, 8 Feb 2019
Events Wed, 17 Jul 2019

张栋樑首代言护肤品牌!大胆直接点名素颜女艺人

张栋樑为首代言护肤品牌回马站台!发布会上大胆畅聊「忌讳话题」,直接点名素颜女艺人~

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

IMPAK JAMPI SANGAT BESAR – AZMEER

Azmeer memberitahu perbezaan markah antara tempat pertama dan kedua tidak begitu jauh namun tidak boleh mendedahkan angka tepat…

Hiburan Thu, 19 May 2022

Hairul Azreen ‘Ikat Perut’ Selama Lima Bulan Demi…

Hairul Azreen diet, tahan lapar demi menjayakan sebuah karakter untuk filem terbarunya.

Featured Tue, 20 Jun 2023