FESYEN By: Del14 October 2, 2019 @ 4:44pm

“Bila Kena Hentam, Mulalah Nak Meroyan” – Arash Mohd Marah Siapa?

“Pengikut ramai di media sosial tidak bermakna anda bagus. Mereka mungkin nak lihat gaya hidup kamu sahaja tapi hasil seni… Kosong!!! Bila kena hentam mulalah nak meroyan,” luah pelakon Arash Mohd susulan segelintir pelakon baru tidak serius dengan kerjaya lakonan.

Luahan dibuat Arash di Facebook miliknya turut menyentuh rasa terkilan dengan pelakon baru yang enggan mempelajari karakter yang diberi dan berharap mereka lebih serius untuk belajar teknik lakonan.

“Jangan datang set dengan isi kosong. Tak kenal watak sendiri. Tak nak ambik tahu watak-watak sekeliling. Dah masuk dalam set tolong jangan main telefon bimbit.

“Cari ilmu dengan masuk kelas lakonan. Keluar sikit belanja untuk ilmu kerana seni ini tiada ternilai. Hargai bakat dan peluang yang ada. Kami dulu pun belajar bertanya pada senior. Kami jadi kawan dan saling hormat menghormati,” katanya.

Arash juga berpesan kepada mereka supaya menjaga maruah dan disiplin selain menghormati setiap kru.

Katanya, ilmu tidak datang sendiri dan mengingatkan semua orang ada keluarga yang sentiasa menjadi perhatian.

“Bila di set, krew produksi adalah keluarga anda. Tak kiralah apa posisi mereka, perlu hormat. Ingat! Tanpa kru produksi anda bukan siapa-siapa.

“Jadikan bidang seni ini sebagai perkerjaan profesional anda. Bukan sebab nak cari glamour atau populariti.

“Saya sendiri masih mencari dan belajar kerana ilmu itu tidak akan habis pencariannya,” tulisnya.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Rumah Tangga Lufya, Suami Goyah?

Kita doakan yang terbaik untuk Lufya & suami…

Featured Fri, 12 May 2023

Syafiq Kyle Tolak Tajaan Kahwin Bersebab -“Bukan Tak Sudi Tapi Saya lebih Selektif”

Awww… nak kahwin dah pasangan sama cantik, sama padan ni🥰🥰🥰

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Sufi Rashid Angkat Kisah Depresi Dalam Lagu Baharu

Selain sibuk mengusahakan produk biskut, Krispy Krunchee, Sufi enggan terus mengalah dalam dunia nyanyian dan berjanji tampil dengan single lebih baik daripada sebelum ini.

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Mengaku Bujang Konon…Siapa Pemain Bola Miang Ini?

Amboi…bukan main eh kau, dah beranak pinak tapi mengaku bujang. Sanggup curang di belakang isteri atas dasar nafsu, lelaki jenis apa kamu ini?

Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Kilafairy Lancar Single Dengan Artis Antarabangsa

Untungnya dapat lancar single baru dengan artis antarabangsa, siapakah insan itu?