Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 12, 2023 @ 3:09pm

“Cukuplah Dengan Kenyataan Yang Saya Dah Berikan” – Yusof Haslam Enggan Ulas Lebih Lanjut Konflik Rumah Tangga Anak

Figura terkenal dalam bidang pengarahan dan penerbitan, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lebih lanjut mengenai konflik yang melanda rumah tangga anaknya, Syamsul Yusof.

Menurut Yusof, sebagai seorang ayah, apa yang perlu dilakukannya adalah mendoakan yang terbaik kerana banyak hati yang perlu dijaga, malah dia tidak mahu sebarang kenyataan yang dikeluarkannya kelak boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya memilih untuk tidak mengulas apa-apa berhubung isu ini. Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan.

“Cukuplah dengan kenyataan yang saya berikan sebelum ini. 

“Saya mendoakan yang terbaik dan tidak mahu komen lebih lanjut lagi demi kebaikan semua pihak,” katanya.

 

Terdahulu, Yusof dilihat sedikit berkompromi terhadap konflik yang melanda rumahtangga anak dan menantunya, Puteri Sarah Liyana, bagaimanapun dia mengakui amat kecewa dengan tindakan yang ditunjukkan Syamsul termasuklah berkahwin tanpa pengetahuannya.

Sementara itu, Syamsul dalam hantaran yang dimuat naik di Instagramnya pada Rabu menjelaskan dia akan melakukan yang terbaik demi mendapat restu ibu dan ayahnya walaupun ia akan mengambil masa yang panjang.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

 

Sumber: Harian Metro, TV3MalaysiaOfficial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Featured Thu, 12 Feb 2026

“Rasa Sangat Kecil Bila Bersama Nama Besar Ini” – Amyza Aznan Syukur Impian Jadi Realiti

Amyza kelihatan memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang menjalani penggambaran kempen raya jenama berkenaan.

Featured Fri, 28 Mar 2025

“Allah Tak Pernah Tinggal Saya Meski Saya Lupa Dia”- Nora Danish

Menurut pelakon jelita, Nora Danish, kini hala tujunya sudah berbeza iaitu mahu mengejar cinta dan syurga Allah.

Featured Sun, 20 Apr 2025

“Tiada Maaf Bagimu, Saya Tiada Menantu” – Abby Abadi ‘Tolak’ Permohonaan Maaf Aslam

Kata Abby, tiada keperluan untuk menantunya itu meminta maaf.

Hiburan Mon, 23 Jun 2025
error: Content is protected !!