TECH By: SGMS Enal September 24, 2019 @ 7:15am

Elak WiFi Rumah Anda Dari Digodam Ini Caranya

Pernahkah WiFi rumah anda digodam? Masalah sambungan WiFi rumah digodam sudah tidak asing lagi dan antara punca utamanya adalah disebabkan oleh kecuaian pengguna itu sendiri.

Mengabaikan aspek keselamatan tambahan dan mengambil mudah dengan penggunaan kata laluan yang tidak selamat akan memudahkan lagi para pencari “WiFi percuma” ini mengaksesnya. Berikut kami kongsikan langkah – langkah yang boleh dilakukan untuk melindungi talian internet dirumah anda daripada dicuri pakai.

1. Tukar nama pada sambungan WiFi

Tukar nama yang telah ditetapkan asal pada rangkaian WiFi anda, seperti D-link, Huawei dan lain -lain. Ini kerana sekiranya si pencuri mengetahui jenis modem ayng anda gunakan, akan memudahkan lagi proses untuk mereka gunakan dalam mendapatkan kata laluan.

2. Kata laluan yang unik dan susah dijangka

Jangan ambil mudah dalam menetapkan ata laluan. Menurut kajian, hampir 40% rakyat Malaysia gemar menggunakan tarikh lahir sebagai kata laluan.

Jadikan kata laluan anda sebagai sesuatu yang unik dan diselangi dengan simbol – simbol khas yang terdapat pada papan kekunci.

3. Aktifkan fungsi “Network Encryption” 

Pada tetapan modem akan terdapat jenis – jenis keselamatan yang diberikan sebagai pilihan seperti WEP, WPA dan lain – lain.

Pastikan anda memilih Encryption jenis WPA2 AES sebagai perlindungan pada kata laluan.

4. Kedudukan modem

Pastikan kedudukan modem berada ditengah – tengah rumah, ini bertujuan untuk mengurangkan kekuatan isyarat WiFi yang berjaya menembusi kawasan luar rumah anda yang mana akan memberi peluang diakses oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

5. Nyahaktifkan fungsi Remote Access

Fungsi ini terdapat pada setiap modem WiFi dirumah. Matikan fungsinya untuk menghalang pihak luar yang tidak bersambung pada modem mengakses ke tetapan modem.

6. Tetapan MAC Address

Terdapat satu tetapan pada modem yang mana hanya peranti dengan alamat MAC yang dibenarkan sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun tetapan ini sangat berkesan dalam menyekat penggodam, namun ianya sangat leceh untuk dilaksananakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Now You Can Play Subway Surfers in Snapchat Real-Time!

Subway Surfers takes a leap forward to the next train; SnapChat.

TECH Thu, 3 May 2018

Switch竟涉嫌抄袭!任天堂在美国受到起诉

去年八月,美国配件厂商Gamevice就起诉日本任天堂抄袭了他们Joy-Con手柄可拆卸设计,并要求任天堂不得在美国境内出售Switch主机;而这起诉讼日前也有了新的进展……

TECH Mon, 12 Aug 2019

3 Cara Membuka Kunci atau Password Untuk Iphone

Lupa kata laluan atau password cuba cara ini

TECH Sat, 17 Nov 2018

Membeli- Belah Di Lazada Secara Tunai, Boleh Ke?

Ini cara untuk membuat bayaran kepada Lazada secara tunai. Senang je tau!

TECH Tue, 9 Oct 2018

Menarik! Jom Ubah Suara Pada Whatsapp

Berikut kami kongsikan cara untuk mengubahnya kepada jenis suara yang unik dan lucu. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

TECH Tue, 17 Jul 2018

为庆祝「世界表情符号日」苹果把管理层都做成了表情

为了庆祝「世界表情符号日」,苹果昨日更新了苹果管理团队网站,展示了为所有主要高管设计的Memoji卡通人物;另外他们宣布今年晚些时候,将有超过70个全新表情符号更新到iOS设备。

TECH Wed, 3 Oct 2018

Aplikasi Down Tiba-Tiba, 75,000 Carian ‘Instagram’ Di Twitter Hanya Dalam Sejam

Menurut lamam Independent.co.uk, aplikasi ini tiba- tiba terhenti di mana pengguna tidak dapat melihat gambar atau profil pengikut. Kenapa agaknya ya?

Automobile Thu, 25 Apr 2019
TECH Tue, 17 Dec 2019

10年来最受欢迎App!脸书家族霸榜

根据《App Annie》分析,从2010年至2019年全球10大热门下载App,第一至第四名都被「脸书家族」包办。

Automobile Tue, 18 Sep 2018

养车小知识:Engine Bay可以用水清洗吗?

用水清洗 Engine Bay 真的会造成引擎和电子部件损坏吗?