Trending By: SGMS Faida July 2, 2018 @ 6:52am

13 Menteri, 23 Timbalan Angkat Sumpah Di Istana Negara

Seramai 13 jemaah menteri Kabinet dan 23 timbalan Menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, hari ini.

Istiadat yang berlangsung di Balairong Seri itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Susulan 13 menteri yang mengangkat sumpah hari ini menjadikan keseluruhan 26 menteri dalam Kabinet Dr Mahathir, 13 menteri terdahulu sudah mengangkat sumpah pada 21 Mei lepas.

Istiadat yang bermula 11 pagi itu didahului dengan kumpulan pertama Jemaah menteri yang diketuai Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Istiadat angkat sumpah hari ini diakhiri oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis yang dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

Kesemua mereka masing-masing turut menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Richard dan Ali. Istiadat itu berakhir dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, kemudian mengangkat sumpah mengetuai barisan 13 anggota Kabinet pada 21 Mei lalu.

Upacara mengangkat sumpah hari ini pula menyaksikan pelantikan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri. Berikut adalah senarai mereka yang mengangkat sumpah hari ini:

MENTERI

  1. Saifuddin Abdullah dilantik Menteri Luar
  2. Mohd Redzuan Md Yusof dilantik Menteri Pembangunan Usahawan
  3. Dr Xavier Jayakumar dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
  4. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik Menteri Belia dan Sukan
  5. Baru Bian dilantik Menteri Kerja Raya
  6. Teresa Kok dilantik Menteri Industri Utama
  7. Saifuddin Nasution Ismail dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  8. Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
  9. Khalid Abdul Samad dilantik sebagai Menteri Wilayah
  10. Liew Vui Keong dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
  11. Ignatius Darell Leiking dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  12. Mohamaddin Ketapi dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
  13. Yeo Bee Yin dilantik Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

TIMBALAN MENTERI

1.Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dilantik Timbalan Menteri Wilayah

  1. Dr Md Farid Rafik dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)
  2. Amiruddin Hamzah dilantik Timbalan Menteri Kewangan
  3. Eddin Syazlee Shith dilantik Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
  4. Shamsul Iskandar Md Akin dilantik Timbalan Menteri Industri Utama
  5. Sim Tze Tzin dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  6. R. Sivarasa dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
  7. Fuziah Salleh dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
  8. Dr Lee Boon Chye dilantik Timbalan Menteri Kesihatan
  9. Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
  10. Chong Chieng Jen dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  11. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
  12. Hannah Yeoh dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  13. Teo Nie Ching dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan
  14. Steven Sim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan
  15. Dr Ong Kian Ming dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  16. Mahfuz Omar dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia
  17. Mohd Anuar Mohd Tahir dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya
  18. Dr Mohd Hatta Md Ramli dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
  19. Mohamed Hanipa Maidin dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)
  20. Datuk Kamarudin Jaffar dilantik Timbalan Menteri Pengangkutan
  21. Datuk Aziz Jamman dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri
  22. Isnaraissah Munirah Majlilis dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Derita Masalah Bronkitis & Sinus Yang Teruk, DJ Lin Masuk Wad

Semoga cepat sihat sebab kami semua rindu suara DJ Lin❤️

Featured Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Tue, 24 Oct 2023
Trending Mon, 21 Jun 2021

Muncul Dengan Lagu Duet, Daniesh Suffian Tumpang Populariti Aina Abdul?

Penyanyi baru, Daniesh Suffian kini muncul dengan lagu duet bersama Aina Abdul yang berjudul Warna Warni. Baru sahaja dilancarkan, single ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Mas Dewangga ini merupakan usahasama antara MonkeyBone dan platfom […]

Trending Fri, 30 Mar 2018

Jual Gadis Bawah Umur, Graduan Perubatan Dipenjara 10 Tahun

Tertuduh adalah penuntut dalam jurusan perubatan dan pembedahan. Tertuduh bersedia menawarkan kepakarannya untuk banduan yang berada di dalam penjara.

Trending Tue, 29 Jan 2019

麦当劳邀你加入义工行列!到全马超过15间安老院庆新年

麦当劳诚邀你一同加入义工行列!到全马超过15间安老院,与长辈们一同共庆农历新年。

Trending Mon, 18 Feb 2019