Trending By: SGMS Faida June 12, 2018 @ 10:29pm

Mohd Nasir Ahmad Dilantik Pengerusi Media Prima

Datuk Mohd Nasir Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan dan Lembaga Pengarah Media Prima Bhd (MPB) berkuat kuasa hari ini.

Syarikat media bersepadu itu dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan pelantikan Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin sebagai Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif dan Mohd Rashid Mohd Yusof sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima.

“Mohd Nasir mula menjadi Ahli Lembaga Pengarah Media Prima pada 26 Februari 2016. Beliau adalah Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif dan dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Interim pada 21 Mei 2018.

“Lembaga Pengarah telah menjalankan proses pemilihan yang teliti untuk mengisi jawatan Pengerusi Kumpulan dan percaya Datuk Mohd Nasir merupakan calon yang paling sesuai untuk menerajui Media Prima di dalam usaha untuk menjadi syarikat kandungan dan perdagangan digital yang utama di Malaysia.

“Dengan pelantikan baharu Datuk Mohd Nasir ini, beliau akan meletak jawatan yang dipegang dalam Media Prima, iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit Kumpulan, Ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan, dan Ahli Lembaga Pengarah Synchrosound Sdn Bhd,” katanya.

Tambahnya, Mohd Nasir akan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan kekal sebagai Pengerusi Sistem Televisyen Malaysia Berhad.

“Mohd Nasir mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di dalam bidang kewangan, perakaunan dan pengurusan dan berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia adalah Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) United Kingdom dan Akauntan Bertauliah dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

“Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Akauntan Pelatih dengan Tenaga Nasional Bhd pada 1979 sebelum memegang pelbagai jawatan di dalam Bahagian Kewangan.

“Selain itu, Mohd Nasir juga berada di dalam Lembaga Pengarah CIMB Group Holdings Bhd, CIMB Bank Bhd, Mimos Bhd, SIRIM Bhd dan Prokhas Sdn Bhd,” katanya.

Bagi Raja Zaharaton pula, beliau menyertai Lembaga Pengarah MPB pada 13 Ogos 2015 dan dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan.

Mohd Rashid yang dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit, Ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan, dan Ahli Lembaga Pengarah Sistem Televisyen Malaysia Bhd.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Wed, 18 May 2022

“Penonton Sekarang Sudah Bijak, Tak Perlu Nak…” – Hisyam Hamid Tak Mahu Tayang ‘Aset’ Dalam Lakonan

Hisyam Hamid tak mahu tayang aset sekadar untuk menarik perhatian dalam lakonan.

Featured Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Tue, 4 Jan 2022

Intan Payung Layak Ke AJL36, Noraniza Idris Bakal Nyanyi Dengan Bunga

Bintang rap wanita, Bunga, 22, mengesahkan dia bakal mempertandingkan lagu kolaborasi Intan Payung bersama penyanyi Noraniza Idris di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36). Perkara ini juga menjawab status penyanyi baru, Amsyar Leee yang menggantikan […]

Featured Wed, 13 Apr 2022
Trending Fri, 3 Jul 2020

Pagar Masjid & Surau Disaran Tidak Dikunci – Dr Zulkifli

Sama-samakita alert dan bertanggungjawab ok!

Events Wed, 7 Feb 2024

Rezeki Jual Bundle, Bukti Neo Mampu Tepis Kata Hinaan… Kini Tampil Dengan Single ‘Oh Ibu’

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak ada siapa yang tahu kan…. Moga terus berjaya Neo!❤️😍

Hiburan Sun, 28 Nov 2021

Misha, Aina, Ernie & Syamel Antara 10 Seterusnya Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Selepas 10 lagu pertama yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diumumkan pada minggu lalu, 10 lagu seterusnya diumumkan pada hari ini. ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel, Haqiem Rusli, Awie Antara 10 Pertama Yang […]

Trending Fri, 2 Apr 2021

Siti Nurhaliza Abadikan Lagu Nostalgia Dalam ‘Legasi’

Teringat zaman kecil-kecil dulu bila mak tengah dodoi…❤