Trending By: SGMS Faida April 26, 2018 @ 3:52am

Gaduh Punya Hal, Lelaki Tolak Kekasih Dari Tingkat 19!

Bergaduh punya pasal, seorang lelaki tergamak menolak kekasihnya dari tingkat 19!

Kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpu terjadi apabila pasangan itu bertengkar sebelum lelaki itu mengarahkan kekasihnya itu keluar dari pangsapuri berkenaan.

Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 6 pagi daripada pengawal keselamatan kondominium berkenaan yang menemui mayat mangsa, 20, di kawasan tempat letak kenderaan.

Katanya, soal siasat awal daripada saksi memaklumkan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan suspek, 30, pada 5.45 pagi sebelum wanita terbabit diarahkan keluar dari pangsapuri berkenaan yang terletak di tingkat 19 blok terbabit.

“Sebaik keluar dari rumah itu, mangsa dikatakan naik ke tembok kaki lima hadapan kediaman terbabit dan bergayut di sebelah luar tembok sebelum terjatuh dari tingkat 19 ke tempat letak kenderaan tingkat tiga blok berkenaan.

Sumber berkata, bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian mendapati terdapat kemungkinan mangsa ditolak menyebabkan dia terjatuh.

“Berikutan itu, pihak polis menahan teman lelaki mangsa untuk siasatan itu. Berdasarkan maklumat diperolehi, suspek dan mangsa tinggal bersama di kediaman berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

“Menurut keterangan saksi, pasangan kekasih itu dilihat sering bergaduh, namun tidak diketahui punca pergaduhan mereka.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

” Suspek yang juga teman lelaki mangsa sudah ditahan pada hari kejadian dan kini direman sehingga 28 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Nov 2020
Trending Tue, 18 Sep 2018

Will Rosmah Mansor Really Be Put in Jail?

Datin Seri Rosmah Mansor is expected to formally answer charges of money laundering very soon!

Trending Tue, 2 Jun 2020

Covid-19 Dijangka Berakhir 14 Julai Ini- KKM

Semoga ini merupakan khabar gembira buat semua!

Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Terpalit Kes Rogol Remaja Bawah Umur, Ustaz Kazim Elias Terkilan

Pulak dah, tak pasal-pasal nama Ustaz Kazim tercemar sama. Berpada-pada gais sebelum ‘menembak’ tuu..

Trending Tue, 10 Mar 2020

[VIRAL] “Saya Tak Menyesal Bunuh Dia, Saya Puas,”- Akibat Pengaruh Filem Horror,Remaja 15 Tahun Bunuh Budak 6 Tahun

TAK SANGKA! Selepas melakukan pembunuhan terhadap rakannya yang berusia 6 tahun, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun nekad menyerah diri di balai polis! Kejadian yang berlaku di Sawah Besar, Jakarta Pusat ini ternyata mengejutkan orang […]

Trending Sun, 29 Dec 2019