Trending By: Attiqah Mohd March 27, 2020 @ 6:30pm

‘Saya Dilantik Jadi PM Bukan Dalam Saat Terbaik Tapi Saya Prihatin Dengan Anda’- Kata-Kata Terakhir Ucapan PM Buat Rakyat Tersentuh

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin hari ini telah mengumumkan Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) yang memperuntukkan jumlah sebanyak 250 billion kepada rakyat.

Rata-rata rakyat Malaysia bersyukur dan gembira dengan insentif yang disediakan oleh kerajaan. Namun, apa yang lebih menyentuh hati adalah kata-kata terakhir Tun Sri Muhyiddin di akhir ucapannya yang berbunyi :

“Situasi yang kita sedang alami ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah. Mungkin kerajaan ini bukan kerajaan yang anda undi. Tapi saya mahu anda tahu bahawa kerajaan ini prihatin dengan anda. Saya dilantik menjadi Perdana Menteri bukan dalam saat yang terbaik, saya berdepan dengan krisis politik, ekonomi dan juga kesihatan pada masa yang sama”.

Dalam kemelut Malaysia berdepan dengan penularan wabak Coronavirus, Tan Sri Muhyiddin turut memberitahu bahawa beliau akan cuba sedaya upaya untuk mendepani krisis kesihatan yang melanda dan meminta sokongan seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berganding bahu mengharungi krisis ini. 

Tonton video penuh di bawah :

Semoga negara Malaysia sentiasa dilindungi dan semoga kita semua mampu bangkit lebih kuat dan hebat selepas ujian ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

Featured Tue, 20 Jun 2023
Trending Fri, 26 Oct 2018

IKEA庆祝75周年缔造更美好的日常家居

IKEA配合庆祝成立75周年纪念,推出了GRATULERA系列,把三个不同时期最受欢迎的产品重新介绍给大众。

Trending Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Hiburan Sun, 10 Dec 2023