Trending By: Ad Ops March 17, 2020 @ 2:00pm

Absolut Food Festival 2020 ditunda gara-gara wabak COVID-19

Penganjuran pesta makanan terbesar, Absolut Food Festival Malaysia 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 17 hingga 19 April bertempat di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Menerusi kenyataan akhbar daripada pihak Absolut Events & Management Sdn Bhd bertarikh 15 Mac 2020, Pengarah Operasi Absolut Brands Sdn Bhd, Ben Ali, berkata penangguhan tarikh itu dibuat kerana pihaknya memandang serius akan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat saban hari.

Absolut Fest Festival 2020 ditunda

“Keputusan ini bukan mudah untuk dibuat memandangkan kami telah bersiap sedia sejak beberapa bulan kebelakangan ini lagi dalam menjayakan acara ini, namun keselamatan pengunjung menjadi teras keutamaan kami.

“Ketetapan ini juga diambil setelah kami menjalankan kaji selidik secara menyeluruh merangkumi beberapa faktor utama mengenai penularan wabak COVID-19. Kami juga berharap agar peniaga dan pengunjung yang telah merancang perjalanan anda dari awal dapat memahami akan situasi yang sedang berlaku ini,” katanya.

Absolut Fest Festival 2020 ditunda

Ben Ali dan isteri, Nadiya Shahab akur penangguhan Absolut Food Festival 2020. Kredit gambar: Ben Ali

Sementara itu, Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn Bhd, Nadiyah Shahab yang juga isteri kepada Ben Ali pula, berkata pihaknya menyahut saranan Perdana Menteri agar sebarang acara yang melibatkan ramai orang awam ditangguhkan dahulu sehingga keadaan kembali pulih.

“Kami mengambil pendekatan untuk menunda Absolut Food Festival 2020 pada kali ini supaya acara berkenaan tidak dilihat sebagai antara punca utama kepada penyebaran wabak yang diklasifikasikan sebagai pandemik sejagat ini.

“Besar harapan kami agar wabak COVID-19 akan berkurangan dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Sama-samalah kita berdoa agar kita terus dilindungi dan dijauhkan daripada malapetaka,” katanya.

Untuk rekod, dua acara Absolut Food Festival yang dilangsungkan pada tahun 2019 berjaya mengumpulkan lebih 500,000 pengunjung.

Maklumat lanjut mengenai acara Absolut Food Festival 2020 boleh layari Instagram, @absolutfoodfest.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Nov 2022
Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Featured Thu, 16 Mar 2023
Trending Sat, 5 Jun 2021
Trending Fri, 8 Feb 2019
Featured Mon, 2 Aug 2021

Semak Tarikh & Jumlah Pembayaran Bantuan COVID-19 (BKC) Bermula Ogos

Menerusi insentif PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana penerima yang layak […]

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hadir Ke Majlis Tunang & Shuib Didakwa Cepat Move On… Makder Tampil Jawab Soalan Cepumas – “Abah Arwah Siti Sarah Kata…”

‘Move on’ bukan bererti kita melupakan terus orang yang dah tiada.. Di hati rasa sayang tu mesti tetap utuh ❤️❤️