Trending By: Salma Syahbuddin June 5, 2021 @ 12:11pm

Perhatian! Slip Keputusan Peperiksaan SPM Boleh Disemak Secara Online

Slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 hanya akan diserahkan kepada pelajar selepas keadaan ‘selamat’.

Menurut Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, semua sekolah akan memuat turun dan mencetak slip keputusan SPM 2020 sebelum jam 10 pagi, pada 10 Jun ini menerusi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT).

“Tidak seperti tahun sebelum ini, pelajar biasanya mengambil slip di sekolah dengan ditemani ibu bapa masing-masing dan bergambar dengan slip masing-masing. Bagaimanapun, kali ini ianya sedikit berlainan”

Keputusan boleh diambil melalui online ATAU pesanan ringkas

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Jumaat, pelajar boleh mendapatkan keputusan penuh melalui kaedah dalam talian (online) dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Bagi pelajar yang TIDAK mempunyai capaian internet dan peranti, keputusan akan dimaklumkan sendiri oleh pihak sekolah.

“Bagi sekolah dan calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet yang baik, Pejabat Pendidikan Daerah akan memuat turun keputusan SPM 2020 sekolah berkenaan atau membantu calon persendirian mendapatkan keputusan peperiksaan”

Selain itu, bagi guru yang tidak boleh ke sekolah kerana sekatan pergerakan penuh, mereka juga boleh memuat turun keputusan pelajar dimana-mana tempat mereka berada dan memaklumkan keputusan tersebut dengan menghubungi pelajar masing-masing.

Rayuan keputusan SPM 2020

Pelajar yang ingin membuat rayuan keputusan SPM 2020, pelajar tidak perlu lagi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah kerana permohonan, pembayaran dan keputusan rayuan akan dilakukan dalam talian.

Terdahulu, sebanyak 401, 105 calon menduduki peperiksaan SPM 2020 dalam keadaan norma baharu.

 

 

Sumber  : Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Wed, 6 Dec 2023
Featured Wed, 6 Apr 2022
Trending Thu, 16 Aug 2018

The Malaysian Population is Shrinking?!

Here’s a bunch of statistics about our country’s demography.

Trending Tue, 8 May 2018

Berjam-Jam Tidak Boleh Keluarkan Air Mata, Fasha Sandha Ajar Pelakon Baharu Teknik Menangis

Pelakon baharu ini mengambil masa berjam-jam untuk menjiwai watak dengan menangis, tapi bila Fasha Sanda bantu terus boleh menangis!