Trending By: Attiqah Mohd December 11, 2020 @ 4:24pm

Aktif Bantu Kesedaran Penyakit Mental, Tengku Puteri Iman Afzan Kini Penaung NCMW Malaysia

Penglibatan Tengku Iman Afzan yang merupakan puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit mental dilihat sebagai satu usaha murni. 

Terbaru, puteri diraja itu kini telah berkenan menjadi Penaung Diraja Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental (NCMW) di Malaysia.

NCMW, yang dimulakan oleh Rotary District 3300 Action Group on Mental Health Initiatives (RID 3300) didorong oleh keperluan semakin meningkat dan mendesak untuk membantu rakyat Malaysia yang menderita pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental, khususnya ketika pandemik COVID-19.

Selain aktif mempromosikan kesihatan mental, sebagai Penaung Diraja, kebijaksanaan dan bimbingan Tengku Puteri Iman Afzan dilihat mampu membawa NCMW memainkan peranan sangat bermakna dan penting dalam menggalakkan kesejahteraan mental di Malaysia.

Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap bantuan yang diberikan kepada mereka yang menderita dengan masalah kemurungan di samping membantu mengurangkan kadar bunuh diri melalui sokongan emosi dan mental, terutama mereka dalam kalangan usia 15 hingga 29 tahun yang banyak terdedah kepada isu berkaitan kesihatan mental.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
Trending Thu, 13 Dec 2018

10个「让你完全活在自己世界」的隐世豪宅

10个让你完全活在自己世界的隐世豪宅!

Trending Mon, 21 Sep 2020
Hiburan Mon, 15 May 2023
Featured Tue, 23 May 2023