Hiburan By: SGMS Faida July 26, 2019 @ 1:42pm

Calon Isteri? Sabar Dulu…

10 tahun menduda, penyanyi Mamat Exist mengaku tidak tertekan untuk mencari pengganti.

Kata Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, buat masa ini dia terbuka untuk berkawan dengan ramai wanita.

“ Saya memang terbuka berkawan tetapi hubungan setakat kawan dan tidak lebih daripada itu. Saya okay dengan kehidupan sekarang dan tidak tergesa mencari bakal isteri,”katanya.

Berkongsi soal kriteria bakal isteri, Mamat memberitahu dia juga belum bertemu calon sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

Penyanyi yang bakal membuat persembahan di konsert Exists Reunion 28 September ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001, tetapi bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aleeya Mysara, 17; Mohd Eiki Daniell, 15, dan Dylea Mysara, 13.

Dalam perkembangan lain, Mamat kini sibuk mempromosikan single berjudul Nur Cahaya yang dilancarkan sejak awal tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 May 2023
Featured Fri, 1 Oct 2021

Boleh Teman Isteri Bersalin Bermula 4 Oktober, Ini Syarat Yang Ditetapkan Oleh KKM!

Boleh semak syaratnya ye bakal-bakal ibu/bapa sekalian

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Syura Badron Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Sat, 15 Dec 2018
Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Saya Sudah Sembuh Sepenuhnya” – Aaron Aziz

Saya tidak mahu lagi terkejar-kejar dan lebih menjaga kesihatan. Apa sebenarnya terjadi

Featured Wed, 4 Oct 2023
Hiburan Fri, 28 Jul 2023