Hiburan By: Del14 September 29, 2019 @ 12:40pm

Exists Buat 4000 Penonton ‘Cair’ Dalam Stadium

Sejujurnya, sebelum keluar rumah dan melihat hujan lebat, hati tertanya-tanya bagaimana agaknya Konsert Exists Reunion malam ini, ramai tak orang yang datang?. Itu antara persoalan sepanjang perjalanan menuju ke lokasi.

Sebaik tiba sahaja di Stadium Malawati, Shah Alam alangkah terkejutnya saya melihat ribuan penonton sedang beratur menunggu masa untuk masuk ke dalam.

Dianggarkan hampir 4,000 penonton memenuhi stadium, malam tadi. Memang penuh! Lebih menarik, ibarat masuk ke pusat karaoke, kami menyanyi beramai-ramai dari lagu pertama hingga ke akhir konsert. 

Dengan bantuan paparan lirik pada skrin LED di atas dan bawah pentas menjadikan konsert semalam tidak sunyi langsung.

Persembahan Exists menggamit kenangan peminat-peminat apabila mereka memilih untuk memainkan lagu penuh bagi setiap 24 lagu yang didendangkan dan bukan konsep medley yang kadang-kadang ‘membantutkan’ emosi peminat.

Membuka persembahan dengan lagu ‘Anugerah’, bekas vokalis utama Exists, Mamat langsung tidak menghampakan dan dia telah menunjukkan kepada semua bahawa kehadirannya dalam dunia seni tidak patut dipandang remeh walaupun sering terpalit kontroversi.

Setiap lagu yang dibawa, dinyanyikan dengan penuh bertenaga, dan membuatkan peminat yang mengikuti kumpulan ini dari awal pertubuhannya pada tahun 1991 terhibur dan kembali pada usia remaja.

Antara lagu lain yang dibawa Mamat adalah lagu hit mereka Untukmu Ibu, Sebelum Terlewat, Nota Di Lautan Sepi, Janji Padamu sebelum Ezad pula membuat persembahan dan menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Percayakan Siti, Kapal Terbang Kertas, Seperti Dulu, Julia, dan banyak lagi.

Sepanjang konsert itu peminat juga disajikan dengan visual pendek temubual semua ahli kumpulan Exists iaitu Ajai (keyboard), Along (gitar), Musa (bass), Shah (gitar), Ujang (dram), dan kedua-dua vokalis, Mamat dan Ezad.

Peminat-peminat dihiburkan dengan info-info ‘istimewa’ ahli kumpulan seperti Shah yang suka swafoto dan ada bakat menjadi jurusolek, kisah Ajai yang dikatakan ‘penakut’ oleh ahli kumpulannya dan Along yang suka bermain dengan suis!

Sebagai bonus, mereka juga mempersembahkan lagu baru mereka, Tak Berakhir yang dicipta oleh Ajai, G-nola (Along Exists), dan Musrad dan dinyanyikan oleh kedua-dua vokalis, Mamat dan Ezad sambil klip video bagi lagu tersebut dipaparkan di skrin besar.

Tidak ada sedetik pun yang membosankan tentang Konsert Exists Reunion ini dan sudah tentu para peminat mula merasai sedih apabila ia tiba di penghujungnya ketika Mamat dan Ezad berduet untuk menyanyikan empat lagu terakhir iaitu Langkah Seiringan, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Alasanmu. 

Konsert yang dianjurkan oleh Shiraz Projects ini akan menemui peminat Singapura minggu depan, 5 Oktober dan awal-awal lagi tiket bagi konsert Singapura telah habis dijual! 

Untuk Exists, terima kasih atas persembahan malam tadi. Insha Allah kalau ada lagi, pasti kami datang lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Saya Tidak Suka Tonjol Kehidupan Peribadi

Dalam masa sama, Bront juga tidak merancang untuk mewujudkan akaun media sosial untuk anaknya.

Featured Tue, 19 Sep 2023

Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew

Moga kebenaran berpihak pada yang benar 🔥

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

#Mentor7: Kenapa Aizat Amdan Pantau Gaya Hidup Protege?

Bukan niat nak menyibuk tau, Aizat ada alasan tersendiri mengapa dia begitu mengambil berat bab-bab pemakanan, percakapan termasuklah waktu bersenam.

Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Jin Lim Shares What It’s Like Running JinnyboyTV as a Father

“Recently, I just released a film about children and that’s what I think, as a father, is having a kid in these days.”

Featured Sun, 18 Dec 2022