Hiburan By: Maya Basir August 17, 2022 @ 2:28pm

“Positif Covid-19 3 Kali, Tapi Sakit Influenza A Paling Teruk” – Riena Diana Trauma Gara-Gara….

Pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM, Riena Diana mengakui trauma akibat dijangkiti Influenza A dan mengalami kesakitan teruk.

Menurut Riena atau nama sebenar Nur Qamarina Diana Zulreal, kini dia sudah pulih sepenuhnya namun pengalaman dijangkiti penyakit tersebut disifatkan agak teruk.

“Saya tak nafikan, sekarang memang trauma dengan penyakit Influenza A ini. Ia disebabkan rasa sakit yang teruk dan apa boleh saya kata, sakitnya lebih menyakitkan berbanding dijangkiti Covid-19 yang pernah dialami juga.

“Saya pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak tiga kali sebelum diuji dengan jangkitan Influenza A itu. Tapi, kesan kesakitannya masih boleh saya hadap lagi. Namun, dijangkiti Influenza A ini memang buat saya jadi trauma dan tak mahu terkena lagi,” katanya.

Riena ditemui pada sidang media secara maya untuk drama Cinta Buat Dara lakonannya bersama Syafiq Kyle dan Sean Lee yang bakal disiarkan di slot Lestary TV3 mulai 24 Ogos ini, jam 9 malam dari Rabu hingga Sabtu.

Namun, dia tetap bersyukur dikurniakan kesihatan yang sihat semula dan mula menitikberatkan kesihatan dirinya dimana saja berada apatah lagi Riena kini turut mengalami asma.

Mengulas lanjut tentang watak lakonan yang cenderung dengan komedi, pengalaman berlakon drama Kampung People membawa perubahan besar pada personaliti diri Riena.

“Kalau diikutkan, saya adalah seorang yang bersikap ‘introvert’. Tapi, selepas berlakon dalam Kampung People, memang banyak perubahan berlaku pada diri saya terutama, jadi seorang yang lebih ceria, ‘happy go lucky’ dan boleh buat kelakar.

“Tak dinafikan juga, watak Lailer itu masih ada dalam diri saya sampai sekarang. Ia terus melekat dan sukar dipisahkan, tapi saya suka kerana ia membawa banyak ‘vibe’ positif dalam diri,” katanya.

Terdahulu, Riena yang merupakan bekas penyampai radio Hot FM kini memilih untuk fokus pada karier lakonan selain bersedia aktif dalam pengacaraan selepas mengacarakan program By the Sea musim kedua di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Hanna Delisha Hanya Rakan Sekerja, Syafiq Kyle Masih Solo!

Artis atau orang biasa, bagi saya masing-masing ada kelebihan. Saya tidak mahu bongkak cakap menolak jodoh dalam kalangan artis atau bukan. Sebab kita tidak tahu jodoh dengan siapa. Betul tu Syafiq, sabar dulu ya!

Trending Wed, 11 Aug 2021
Featured Mon, 31 May 2021

Orang Ramai Tidak Boleh Pilih Jenis Vaksin -Khairy Jamaluddin

Bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin, Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan orang ramai memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata sebelum ini kerajaan bercadang untuk memberikan kebebasakan kepada orang […]

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Twice Opens Up About the Reality of Idol Life and Mental Health

Sometimes people forget that despite the perfect image fabricated by these idols on screen, they are at the end of the day still a person.

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Figura Fri, 9 Jun 2023