Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi July 14, 2023 @ 3:45pm

Simbah Asid Kepada Peniaga, Warga Emas Dipenjara 12 bulan…Dakwa Tertekan Sering Diprovokasi!

Wanita yang menyimbah asid terhadap peniaga roti nan atas alasan tidak tahan diprovokasi dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Majistret Chai Guan Hock menjatuhkan hukuman itu terhadap Saira Abdullah, 62, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula daripada tertuduh ditangkap pada 9 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, Saira (tertuduh) didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan cecair kimia ke atas Inam Ullah (mangsa), 37, di dalam lif Blok B, Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, dekat sini, jam 1.10 pagi, 4 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Terdahulu, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail yang mewakili tertuduh yang juga penganggur, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan.

“Sebelum ini, tertuduh mengalami kemurungan teruk dan pernah mendapatkan rawatan hospital. Dalam kejadian ini, tertuduh mendakwa dia diprovokasi oleh mangsa, yang mahu berkawan walaupun mangsa sudah berkahwin.

“Anak guam mengalami tekanan teruk akibat diprovokasi oleh lelaki Pakistan itu.

“Tertuduh tidak boleh berfikir dengan betul dan mengambil tindakan sendiri (menyimbah cecair kimia) dan tertuduh amat menyesali perbuatannya itu,” kata Izleen.

Menurutnya, tertuduh yang tinggal bersama adik berusia 53 tahun tiada rekod lampau.

“Tertuduh menyesal, insaf, dan tidak akan mengulangi kesalahan. Mohon hukuman ringan (kesalahan menyimbah asid ke arah lelaki Pakistan). Satu lagi tuduhan, jaminan boleh diberikan selepas menjalani hukuman,” katanya.

Mendengar rayuan itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal kemudian memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh, dengan mengambil kira keseriusan kes selain mengambil kecederaan yang dialami mangsa yang mana tertuduh menggunakan cecair kimia.

Sementara itu dalam prosiding sama, Saira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama iaitu mendatangkan cedera terhadap seorang wanita, Jemilah Sabda, 60, yang juga isteri kepada Inam pada tempat, waktu dan tarikh sama dan mengikut seksyen sama.

Bagi pertuduhan mencederakan Jemilah mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 12 September ini bagi sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes, seorang pengadu, Noorashidah Abu Safian menerima panggilan daripada ibunya, menyatakan mereka disimbah cecair kimia di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan mendapati, Inam mengalami kesan lecuran tahap pertama di bahu kanan dan belakang badan.

Pada jam 4 petang, 9 Julai lalu, pegawai dan anggota polis membuat tangkapan sebuah bilik di Rawang, Selangor bersama dengan barang rampasan iaitu satu botol cecair warna kuning di dalam mengandungi cecair

Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa pertama dan kedua mengecamnya dalam prosedur kawad cam yang dijalankan sebagai orang yang menyimbah cecair kimia terhadap kedua-dua mangsa.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Bagi Sedikit Masa, Aliff Aziz Mengaku Tak Pernah Lupa…

Insha Allah, Aliff Aziz akan kembali ke studio sekiranya mendapat material sesuai. Bukan tak rindu nak menyanyi cuma…

Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

Hiburan Thu, 6 Jul 2023

[VIDEO] Ali Puteh Dakwa Isteri Terima Mesej Ugutan Melampau Berbaur L*cah – “Kau K*ngk*ng, M*in Ramai-Ramai Atas Meja!”

Allahuakbar…. Luluh hati si suami bila isteri terima mesej melampau macam ni 😭

Featured Sun, 1 May 2022
Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Featured Mon, 17 May 2021

“Selagi Tiada Rasa, Mana Mungkin Boleh Melupakan” – Intan Saleh Luah Perasaan Setelah Bersua Dengan Izreen Azminda?

Pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri kepada suaminya, Intan Saleh akhirnya dipertemukan setelah empat tahun dalam program Melodi Raya yang bersiaran semalam. Menerusi Instagram Izreen, aktres itu memuat naik foto bersama Intan berserta kapsyen ‘memohon […]

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Shah Radhi Bakal Buka Pub?

Kalau tiada aral, bisnes itu akan bermula dalam tempoh terdekat.