Trending By: SGMS Faida October 9, 2018 @ 10:00am

Turun 1 KG Dapat RM 180, Syarikat Murah Hati Perkenal Program Turun Berat Badan

Wah, kalau mana-mana syarikat anjurkan program sebegini pasti ramai nak join bekerja di situ. Apa tidaknya, pekerja diberi ganjaran untuk setiap kilogram yang turun, dia akan dibayar RM 180. Best kan?

Sebuah syarikat di Guilin, China bermurah hati memberi ganjaran kepada pekerja dengan menganjurkan program pengurusan berat badan. 

Untuk tempoh tiga bulan, setiap kilogram yang berjaya diturunkan akan menerima bayaran sebanyak RM180.

Selepas pengumuman dibuat, sebahagian besar pekerja bersemangat untuk turut serta dalam program itu. Siapa tak nak kan? 

Menurut salah seorang pekerja dikenali sebagai Meng menetapkan penurunan sebanyak 15 kilogram dalam masa 90 hari bermula 11 September lalu.

Sejak program itu dijalankan, Meng telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5kg. Itu bermakna dia telah berjaya memperoleh ganjaran sebanyak RM900.

“ Saya teruja untuk turunkan berat badan dengan lebih banyak lagi. Saya turut rasa lebih bertenaga daripada sebelum ini.” katanya.

Ganjaran hanya diberikan kepada mereka yang berjaya sahaja, namun jika gagal dalam cabaran tersebut mereka akan dikenakan denda.

Ramai netizen memuji usaha yang dilakukan syarikat berkenaan namun ada yang ‘sinis’ dengan berpendapat ‘ Tak tahu la pula kalau orang berbadan besar boleh buat duit dengan cara mudah ini’

Bagaimana dengan anda pula, setuju ke tak? Tanya boss anda kalau dia pun berminat nak buat program serupa. Best kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Sep 2022
Hiburan Fri, 2 Jun 2023

Zarina Zainoordin Minta Agar Doa Cepat Dipertemukan Jodoh, Dedah Sudah Bercinta 10 Tahun

Kita doakan jelah semoga zarina mendirikan rumah tangga secepat mungkin

Gaya Hidup Mon, 4 Mar 2024

Kos Sara Hidup Punca Banyak Perceraian Di Selangor

Ramai terpaksa cari pendapatan tambahan

Featured Tue, 14 Jun 2022
Selebriti Sun, 16 Jul 2023
Hiburan Tue, 28 Nov 2023