Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 26, 2021 @ 4:11pm

MySejahtera Vaccination Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini

Bagi meningkatkan tahap keselamatan orang ramai untuk membendung wabak COVID-19, MySejahtera bakal melancarkan perincian MySejahteraVaccination akhir bulan ini.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan Kementerian Kesihatan, Dr Mahesh Appannan, MySejahtera Vaccination dilancarkan bagi memastikan proses vaksinasi dapat dikendalikan dengan lancar.


Katanya, rangkaian proses seperti pendaftaran, jadual suntikan vaksin dan pemantauan akan dilaksanakan menerusi aplikasi berkenaan.


“Kita sarankan siapa yang belum muat turun aplikasi MySejahtera untuk berbuat demikian supaya apabila tiba pelaksanaan program vaksinasi, ia dapat dijalankan dengan lancar” 


“Selain itu, kita dapat kendalikan proses pengesanan kontak dan penilaian kendiri dalam kalangan pesakit COVID-19, sekali gus memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa terjamin.


“Bagi mereka yang positif, setiap maklum balas daripada laporan kendiri ini akan dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi pemantauan harian.


“Setiap hari pada jam 9 pagi, mereka perlu menjawab soalan penting,” katanya dalam takimat media secara maya pada Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 Sep 2021

Tampil Hulur Bantuan, Jenama Susu Hijrah Derma 500 Kotak Rezeki & 50 Set Katil Hospital

Pandemik yang melanda dunia kini telah melumpuhkan semua ekonomi dan sektor kesihatan merupakan antara sektor yang paling terkesan. Keadaan ini memaksa sesetengah syarikat untuk memberhentikan pekerja mereka dan meninggalkan sebahagian besar daripada pekerja kehilangan punca […]

Featured Mon, 1 Nov 2021

Bomba Temui Bayi Lelaki Berusia Setahun Rentung Dalam Kebakaran

Satu kebakaran berlaku membabitkan seorang bayi lelaki berusia setahun rentung di sebuah unit di flat Jalan Dua, Pusat Bandar Sandakan, pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu, pihak bomba menemui seorang bayi yang […]

Trending Wed, 6 Jun 2018

Wow! Beg Tangan Rosmah Jadi Perhatian

Berdasarkan carian di internet dipercayai ia merupakan beg Versace Demetra Vanitas yang berharga diantara RM5,000 hingga RM9,000 menerusi laman web www.1stdibs.com. 

Hiburan Wed, 13 Sep 2023
error: Content is protected !!