Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 8, 2026 @ 6:48am

Najmi Niery Bergandingan Dengan Adrianna Cinta, Konsep Surat Jadi Ilham ‘Best Part Of Raya’

Penyanyi dan komposer muda, Najmi Niery tampil dengan single raya pertamanya berjudul Best Part Of Raya yang diinspirasikan daripada konsep sepucuk surat cinta yang disampaikan dalam bentuk lagu.

Selepas tiga tahun berkecimpung dalam industri muzik rakaman tempatan, Najmi mengakui tidak pernah merancang untuk menghasilkan lagu raya. Namun ilham datang secara tidak disangka dan akhirnya tercetus karya tersebut yang ditulis bersama Brendan Lim Seng Meng serta Amanda Gnai Song Hui daripada MFMF.

Berkongsi mengenai proses penciptaan lagu tersebut, Najmi berkata idea untuk menghasilkan lagu raya itu tercetus ketika sesi penulisan lagu bersama MFMF sekitar Oktober 2025.

“Pada awalnya kami sendiri belum pasti tema apa yang ingin diketengahkan. Selepas berbincang, kami memilih untuk membawa konsep sepucuk surat cinta yang disampaikan pada hari raya, tetapi dalam bentuk lagu.

“Hari raya adalah hari kemenangan selepas umat Islam menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Ia juga waktu yang paling bermakna untuk berkumpul dan meraikan bersama orang yang kita sayangi.

“Jadi lagu ini menggambarkan perasaan dua insan yang saling merindui dan menantikan saat untuk bertemu ketika hari raya,” katanya.

Najmi berkata proses menghasilkan lagu tersebut bermula dengan pembinaan melodi terlebih dahulu sebelum lirik ditulis.

“Kami cipta melodi dahulu, bukan lirik. Melodi itu datang secara spontan, tetapi MFMF terlebih dahulu memperkenalkan chord progression kerana itu cara saya biasanya menulis lagu.

“Apabila sudah ada chord progression, melodi akan datang dengan lebih mudah. Selepas itu barulah kami bersama-sama menyempurnakan keseluruhan lagu ini. Setiap penulis lagu mempunyai gaya penulisan yang berbeza,” katanya.

Najmi ditemui di majlis berbuka puasa serta sidang media bagi memperkenalkan lagu Best Part Of Raya berlangsung di AEON Mall Shah Alam, pada Khamis.

Turut diraikan pada majlis itu ialah 30 anak yatim daripada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Pusat Jagaan Budi Bestari.

Pemberian duit raya kepada anak-anak dari kedua-dua rumah kebajikan tersebut disampaikan oleh Pengurus Kanan Perniagaan Digital dan Komersial Sony Music Malaysia, Aiman Nubailah, Pengurus Kanan Operasi AEON Mall, S. Vettrivelu serta Najmi Niery bersama Adrianna Cinta.

Selain menulis lagu tersebut bersama MFMF, Najmi turut menggandingkan penyanyi Adrianna Cinta sebagai pasangan duet dalam Best Part Of Raya.

Menurut Najmi, pada peringkat awal dia sendiri tidak mengetahui siapa yang akan menjadi rakan duet untuk lagu tersebut sebelum nama Adrianna dicadangkan.

“Pada mulanya saya tidak tahu siapa penyanyi wanita yang akan menyanyikan lagu ini bersama saya. Apabila nama Adrianna dicadangkan, saya terus bersetuju kerana saya tahu dia seorang penyanyi dan komposer yang sangat berbakat.

“Adrianna juga aktif menulis lagu bersama komposer lain. Suaranya lembut dan sesuai dengan tona vokal saya. Pada saya dia memang pilihan duet yang tepat,” katanya.

Adrianna pula berkata dia sebenarnya sudah beberapa kali bertemu dengan Najmi di acara nyanyian sebelum ini, namun tidak pernah menyangka mereka akan bekerjasama dalam sebuah lagu.

“Kami sebenarnya mempunyai vibe muzik yang agak sama. Gaya muzik kami lebih kepada pop R&B yang dipengaruhi oleh muzik Indonesia.

“Najmi memang bergerak dalam arah itu dan saya juga begitu. Jadi apabila kami digabungkan dalam lagu ini, ia terasa sangat serasi,” katanya.

Najmi berkata dia sebenarnya sudah merakamkan bahagian vokalnya untuk lagu Best Part Of Raya ketika sesi penulisan lagu dijalankan bersama MFMF pada Oktober 2025.

“Selepas Adrianna menyertai projek ini sebagai pasangan duet, kami perlu memilih hari lain untuk merakamkan bahagian vokalnya. Rakaman itu dilakukan pada minggu pertama Ramadan.

“Pada masa yang sama kami turut menjalankan penggambaran visualizer lagu ini. Konsepnya sengaja dibuat ringkas tanpa terlalu banyak sudut kamera atau babak rumit, sebab itu kami menggunakan teknik one take shot.

“Latar visualizer juga menggunakan tema klasik untuk menggambarkan suasana retro raya dan keseluruhan penggambaran mengambil masa sekitar tiga jam,” katanya.

Adrianna berkata pengalaman merakamkan lagu serta menjalani penggambaran visualizer itu menjadi kenangan manis buat dirinya.

“Ketika saya menerima lagu itu, Najmi sudah merakamkan bahagian vokalnya lebih awal. Saya pula merakamkan bahagian saya pada bulan puasa dengan Najmi berada di studio.

“Dalam masa yang sama kami juga menjalani penggambaran visualizer. Ia sangat menyeronokkan walaupun pada saat akhir kami terpaksa berpindah lokasi sehingga tidak sempat berbuka puasa dengan tenang.

“Tetapi pengalaman itu memang sangat menarik dan saya pasti tidak akan melupakannya,” katanya.

Najmi mengakui teruja kerana akhirnya dapat memperkenalkan lagu raya pertamanya dan berharap Best Part Of Raya mampu memberi warna berbeza dalam senarai lagu raya tahun ini.

“Saya sangat positif kerana lagu ini bukan lagu raya tipikal yang berunsur klasik. Ia lebih kepada pop R&B dan genre seperti ini jarang digunakan untuk lagu raya.

“Saya rasa pendengar di Malaysia memerlukan sedikit kelainan. Sebelum melancarkan lagu ini, saya sempat berkongsi teaser di media sosial dan sambutan daripada peminat sangat baik,” katanya.

Adrianna pula berharap lagu tersebut dapat diterima baik oleh pendengar walaupun banyak lagu raya lain turut dilancarkan tahun ini.

“Memang ramai penyanyi yang mengeluarkan lagu raya tahun ini termasuk rakan-rakan saya sendiri.

“Tetapi saya berharap pendengar dapat menikmati dan menghargai lagu pertama saya bersama Najmi ini. Jika karya ini diterima baik, itu sudah cukup menggembirakan kami.

“Kami juga terbuka untuk mendengar maklum balas daripada pendengar,” katanya.

Single Best Part Of Raya yang diterbitkan oleh Naj&Co, Sony Music Entertainment Malaysia serta Malika Entertainment & Management akan dilancarkan di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music mulai 6 Mac 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Aug 2023

Jom Nikmati Keenakan Teh Tarik Ori Dari F&N Ini Sambil Tonton TikTok Awards MY 2023!

Tak lama lagi acara terbesar TikTok pada tahun ini iaitu TikTok Awards MY 2023 akan berlangsung di Kuala Lumpur. Tak sabar rasanya nak tahu siapakah content creators yang akan dinobatkan sebagai pemenang.  Sambil layan TikTok […]

Trending Wed, 27 Jun 2018

CEO of Government-Linked Company Arrested by MACC

Millions of Ringgit are involved!

Trending Mon, 15 Oct 2018
Hiburan Mon, 27 Feb 2023

Kenali ‘The JoKeRs,’ Trio Fly FM Yang Menghiburkan

Memang tak sah kalau tak kelakar!

Featured Tue, 12 Oct 2021

Excited Nak Rentas Negeri… Tapi Sebelum Tu, Jangan Lupa Buat 5 Perkara Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kebenaran merentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara mulai semalam. Tiada lagi sekatan dibuat, jadi, tak perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa untuk merentas negeri. […]

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Hiburan Thu, 19 Jun 2025
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

“Aku Kacau T***r Kau Ke? Fara Mendoza Bengang Ditegur Berbikini

Walaupun Fara Mendoza tidak lah se-popular Fazura atau Neelofa, namun beliau berjaya menarik perhatian followers beliau dan juga mengundang kecaman netizen apabila baru-baru ini beliau dilihat memuat naik gambar percutiannya di Pulau Redang

Hiburan Fri, 13 Feb 2026

Hukuman 10 Tahun & 3 Sebatan Digantung, Da’i Syed Dibebaskan Sementara Selepas 21 Hari Dalam Penjara – “Ada Keadaan Istimewa”

Da’i Syed perlu melaporkan diri di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam antara 1 hingga 5 haribulan setiap bulan bermula Mac 2026

error: Content is protected !!