Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin November 11, 2024 @ 6:27pm

Nak Gunting Rambut? Sekarang Semakin Mudah, Tak Payah Keluar Rumah!

Aplikasi inovatif, myBarber adalah platform yang memudahkan tempahan perkhidmatan penjagaan rambut kepada pelanggan secara dalam talian.

myBarber merapatkan jurang antara pelanggan dan tukang gunting rambut terbaik, menawarkan kemudahan, kecekapan, dan kualiti yang dapat diakses bila-bila masa.

Pengguna boleh menempah temu janji untuk potongan rambut dan keperluan penjagaan lain dengan mudah, menjimatkan masa dan tenaga. myBarber adalah usaha baharu dikuasakan oleh jenama lokal yang tidak asing lagi di Malaysia, TODAK.

Pengasas myBarber, Muhammad Saiful Amirul Nasharuddin berkata, visi perniagaan adalah merevolusikan proses tempahan perkhidmatan grooming tradisional, membolehkan pengguna menempah khidmat potongan rambut, meneroka portfolio barber di kawasan berdekatan dan membuat pembayaran tanpa tunai dengan mudah melalui satu aplikasi.

“Kami berhasrat menjadi destinasi utama untuk semua keperluan penjagaan rambut, mencipta pengalaman lancar dan mudah bagi pelanggan serta tukang gunting,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi versi beta, myBarber di SneakerLAH, Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif myBarber, Ahmad Hazman Hashri dan pengasas TODAK, Azlan Zainal.

Mengenai ciri-ciri aplikasi myBarber, Muhammad Saiful Amirul berkata, pelanggan boleh mendapat kemudahan tempahan perkhidmatan penjagaan rambut dengan cepat di barbershop atau rumah.

“Pengguna boleh mencari tukang gunting mahir berdekatan dengan melihat portfolio dan memilih berdasarkan ulasan orang ramai.

“Pembayaran juga lancar kerana transaksi tanpa tunai terus dalam aplikasi,” katanya yang terbabit dalam bidang gunting rambut sejak lima tahun lalu.

Muhammad Saiful Amirul berkata, pengguna platform myBarber juga akan diingatkan untuk membuat tempahan seterusnya.

“Aplikasi ini menguruskan pelbagai tempahan dengan cekap menggunakan kalendar terbina dalam.

“Ia membabitkan analisis perniagaan iaitu akses analitik perniagaan, pemantauan kehadiran dan trend tempahan pelanggan.

“Selain itu, platform ini juga memberi sokongan kepada tukang gunting sambilan (bebas) dengan menyediakan perkhidmatan panggilan ke rumah dan membantu meluaskan jangkauan melalui kehadiran dalam talian serta kempen pemasaran, menarik pelanggan baharu dan mengembangkan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Hazman berkata, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan pada majlis pelancaran, antaranya sesi pendidikan rambut yang dikendalikan oleh pakar tukang gunting terkenal dan pertandingan ‘barber battle’.

“Sesi pendidikan rambut membabitkan pengalaman pembelajaran yang dikendalikan pakar tukang gunting terkenal, memberikan pandangan tentang isu rambut dan proses penjagaan rambut.

“Pertandingan ‘Barber Battle’ menampilkan tukang gunting berbakat yang bersaing dalam kategori ‘fast fade’ termasuk demonstrasi penjagaan rambut secara langsung untuk menampilkan tahap kreativiti dan kemahiran yang tinggi,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai aplikasi myBarber boleh didapati menerusi pautan media sosial seperti laman Instagram: mybarberhq; Facebook: mybarber dan Laman Web: barber.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 May 2020
Featured Fri, 11 Oct 2019

Dr Amani, saintis wanita Malaysia pertama bekerja dengan NASA

Tiada halangan yang tidak boleh diatasi

Featured Thu, 15 Mar 2018

Doktor Bongkar Ais Mampu Bakar Lemak Dalam Masa 30 Minit. Wow, Kena Cuba Ini!

Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi ia juga mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018
Featured Wed, 15 May 2019
Featured Fri, 11 Jun 2021

Kini Berusia 15 Tahun, Penampilan Putera Sultan Brunei Ini Curi Tumpuan Ramai

Penampilan Pengiran Muda Abdul Wakeel, anaknda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian semakin mencuri tumpuan ramai. Rupa paras putera raja yang kini berusia 15 tahun itu ternyata menjadi perbincangan hangat orang ramai. Walaupun jarang dilihat […]

Gaya Hidup Fri, 17 May 2019
Featured Thu, 27 Oct 2022

“Ada Yang Akan Pantau Saya” – Selepas Dikejarkan Ke Hospital Ogos Lalu, Ako Mustapha Kongsi Keadaan Terkini

Pelakon dan penerbit, Ako Mustapha berkongsi keadaan terkini kesihatannya selepas dikejarkan ke hospital kerana kekurangan insulin dalam badan pada Ogos lalu. Menghidap penyakit diabetis sejak 2016, Ako mendapatkan rawatan kerana saraf serta otot tidak dapat […]

Featured Wed, 28 Dec 2022
Gaya Hidup Wed, 12 Sep 2018
error: Content is protected !!