Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin May 14, 2018 @ 3:04pm

Nak Lebih Puas? Jom Makan Ais Kepal Milo Dalam Baldi Ini

Kalau kita lihat makanan yang viral pasti akan mendapat sambutan yang amat luar biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan kisah Ais Kepal Milo yang viral, memang ramai yang sanggup beratur nak membelinya. 

Boleh dikatakan tahun ini menu Ais Kepal Milo antara yang popular. Baru-baru ini, seorang penjual Ais Kepal Milo telah membuat inovasi dengan menyediakan menu ini dalam baldi. Wow! Kuantiti Ais Kepal Milo yang banyak itu, bila anda makan memang puas hati!

Mesti anda excited nak tahu kan? Kalau anda nak cuba Ais Kepal Milo ini bolehlah mengunjungi Kampung Pauh Lim, Bachok. Pemilik kedai Ais Kepal Milo baldi ini, Mohd Faliq menyatakan pada awalnya dia hanya menjual Ais Kepal Milo yang biasa.

Tapi, apabila salah seorang daripada pelanggan tetapnya datang dan mengemukakan idea baharu supaya menjual Ais Kepal Milo dalam baldi dan ternyata ia mendapat sambutan yang menggalakkan.

Foto: Facebook Ais Kepal Milo Baldi

“Satu hari, salah seorang pelanggan kami beritahu kena buat dalam bekas besar, sebab lebih puas. Itu yang terfikir buat dalam baldi dan mula jual pertengahan Februari, tidak sangka pula tular dengan cepat,” kata Mohd Faliq.

Foto: Facebook Ais Kepal Milo Baldi

Gerainya menyediakan tiga jenis saiz baldi, paling kecil berharga RM8 untuk tiga hingga empat orang makan. Saiz pertengahan RM10 untuk lima hingga enam orang dan paling besar RM12 boleh dinikmati sehingga tujuh ke lapan orang.

Memang laku habis Ais kepal Milo baldi ini kerana pada hari bekerja kira-kira 70 baldi dijual, manakala lebih 200 baldi dijual setiap hari pada musim cuti sekolah. 

Bagi anda yang nak mencuba Ais Kepal Milo baldi ini boleh taip Sekolah Kebangsaan Pauh 5 di aplikasi Waze atau peta Google telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga boleh intai-intai Facebook Ais Kepal Milo Baldi untuk mendapatkan info yang lebih lanjut. 

Selamat mencuba!

Sumber: Projekmm

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 12 Jun 2019
Eat Travel Tue, 5 May 2020

Ingatkan hiasan, rupa-rupanya makanan. Cantik sungguh!

Boleh buat hiasan dinding jika mahu

Eat Travel Sun, 2 Dec 2018

Manfaatkan Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak Dengan Mencuba Resipi Pizza Gebu Ini

Anda boleh pilih topping pizza yang anak-anak suka!

Eat Travel Wed, 12 Dec 2018

Universal & Six Flags Mungkin Akan Ambil Alih Projek Terbengkalai Taman Tema Genting Highland

Six Flags merupakan syarikat taman tema dari Amerika Syarikat dan merupakan syarikat taman tema terbesar di dunia.

Eat Travel Thu, 26 Apr 2018

Kalau Nak Suami Puji Lebih, Cuba Buat Cheesekut Ini

Sedapnya cheesekut ini kalau dimakan bersama orang-orang tersayang!

Eat Travel Wed, 18 Dec 2019

Sukan luncur air inisiatif pelancongan baharu di Pahang

Jangan sangka sukan ini ada luar negara sahaja!

Eat Travel Fri, 19 Jul 2019

5 sebab ibu bapa perlu lakukan aktiviti memasak bersama anak

Mungkin mereka boleh menjadi tukang masak terkemuka suatu hari nanti.

Eat Travel Tue, 10 Mar 2020

Ini rahsia kuah laksa yang dimasak sedap!

Resipi turun temurun jadi taruhan.

Eat Travel Thu, 11 Jul 2019
error: Content is protected !!