Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 9, 2018 @ 12:58pm

Nak Rambut Panjang Atau Rambut Pendek? Ini Info Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menyesal!

Dilema ini pasti sering dihadapi oleh mana-mana wanita. Tidak tahu fesyen rambut yang bagaimana sesuai dengan penampilan. Mahu dipotong pendek atau dibiarkan panjang menggurai? Sesuai atau tidak berambut pendek jika sudah lama tampil dengan rambut panjang? Apa pun jawapannya, jangan sampai salah buat keputusan, lebih baik semak info berikut supaya tak menyesal tak sudah!

Berambut panjang jika…

1) Memiliki bentuk wajah ‘keras’ atau bertubuh besar

Ini berlaku bagi anda yang memiliki garis rahang yang ‘tegas’, atau yang mempunyai  bentuk wajah bulat dan juga bagi anda yang bertubuh tinggi dan besar.

Rambut panjang akan menyeimbangkan bentuk wajah atau postur tubuh sehingga kelihatan lebih feminin. Brooke Shields dan Gabrielle Reece adalah contoh terbaik.

2) Mempunyai rambut sihat

Jika rambut anda berwarna hitam, bersinar, dan sihat, potongan rambut panjang akan terlihat menarik dan mampu mempotret wajah anda dengan sempurna.

3) Memiliki rambut kerinting

Jika rambut anda keriting, sebaiknya jangan dipotong pendek. Potongan pendek akan membuat rambut menjadi sangat kembang. Lebih baik biarkan rambut tetap panjang. Alasannya, berat rambut akan ‘menarik’ rambut keriting hingga teksturnya menjadi tidak terlalu ikal. Rambut panjang keriting juga kelihatan lebih seksi berbanding rambut panjang lurus.

4) Pemalas!

Anda bukan orang yang suka menggunakan bantuan pengering rambut atau ‘curling iron’ untuk mendapat gaya rambut yang diinginkan. Sebenarnya, rambut panjang pada asasnya sudah cantik tanpa memerlukan dandanan tambahan, selagi rambut itu sihat. Paling mudah, jika anda bosan atau sedang mengalami ‘bad hair day’, anda hanya perlu mengikatnya sahaja!

5) Ingin kelihatan anggun

Pendandan rambut Jennifer Lopez memberi saranan, perempuan berusia 30 – 50 tahun sebaiknya mempertahankan panjang rambut mereka. Menurutnya, potongan rambut yang mencecah bahu bakal membuat mana-mana wanita kelihatan anggun dan menarik.

Potong pendek jika…

1) Anda memiliki bentuk wajah berisi

Menurut pendandan rambut selebriti Meg Ryan, Sally Hershberger, seseorang yang memiliki bentuk wajah berisi, akan lebih sesuai dengan potongan rambut pendek. Potongan pendek membuat penampilan wajah dan rambut anda menjadi seimbang.

2) Ingin punya ciri tersendiri

Rambut panjang sinonim dengan wanita feminin dan lembut, sedangkan rambut pendek mencerminkan orang yang aktif, ‘outgoing’ dan ekspresif. Jika anda ingin cepat menarik perhatian dan mempunyai ciri tersendiri, potongan rambut yang pendek merupakan pilihan paling sesuai.

3) Anda seorang yang rajin

Rambut pendek perlu perhatian dalam waktu-waktu tertentu supaya potongannya tidak terjejas kerana bertambahnya panjang rambut. Kunjungan ke salun rambut secara rutin adalah kunci dalam menjaga rambut agar tetap dalam bentuk dan potongan yang baik. Dengan kata lain, bajet kena lebih.

4) Cepat bosan

Jika anda termasuk orang yang suka mengubah gaya dan warna rambut, potongan rambut pendek adalah pilihan terbaik.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sat, 13 Oct 2018
Featured Fri, 21 Sep 2018

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Ia boleh memperbaiki tahap kesihatan dalaman serta kecantikan luaran anda.

Featured Fri, 10 Aug 2018

Kanak-Kanak Ini Berkaki Kudung Tapi Tetap Dipilih Menjadi Model Cilik, Inspiring Sungguh!

Dia tak biarkan kecacatannya menghalangnya daripada mencapai cita-cita.

Oh Lawa Thu, 25 Oct 2018

5 Kesilapan Lazim Ketika Menggunakan Beauty Blender, No. 4 Paling Penting!

Jika anda selalu gunakan alat ini, jom check cara anda betul atau tak.

Oh Lawa Tue, 3 Apr 2018

Ini Cara Mudah Nak Buat Face Mist Daripada Timun. Sembur Saja, Terus Segar!

Setiap wanita pasti inginkan kulit wajah yang sentiasa cantik, sihat dan berseri-seri.

Oh Lawa Mon, 15 Jan 2018

Kanta Lekap Berwarna atau Natural?

Pemakaian kanta lekap kini menjadi trend dan merupakan antara item fesyen yang menjadi pilihan utama wanita dalam dunia kecantikan.

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Tip Memilih Cincin Perkahwinan Yang Everlasting!

Terlalu sibuk memikirkan hal yang lain, kadang kala bakal pengantin terlepas pandang soal pemilihan cincin perkahwinan.

Acara Thu, 21 Feb 2019

E1, Jual fesyen dalam lagu

Semalam Sahaja bawa penggemar muzik kembali ke zaman retro!

error: Content is protected !!