Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin March 20, 2018 @ 12:46pm

Impikan Kulit Putih Berseri Bak Salji? Ikuti 7 Tips Putihkan Kulit Secara Semulajadi

Setiap wanita pasti inginkan kulit yang putih bak salji untuk kelihatan cantik dan menawan. Lagi-lagi pada mereka yang sudah berkahwin, mesti nak pikat suami kan? Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kulit yang gebu gebas ini, yang pasti tidak perlu berhabis wang!

Kami ingin kongsikan kepada anda antara tips yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kulit yang putih berseri dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan secara semulajadi. Jom cuba tips ini!

1. Skrub Tomato

Foto : Femcafe

Tomato bukan je sedap dan menjadi antara bahan penting masakan, tetapi boleh memberi manfaat yang tersendiri kepada kesihatan dan kecantikan kulit. Caranya, selepas anda mencuci muka dengan bersih, ambil sebiji tomato dan dibelah dua, gosok dan sapukan tomato tadi pada seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih, jika inginkan kesan putih yang memuaskan anda boleh melakukannya setiap hari. 

Cara yang kedua pula, anda boleh mengambil 2 biji tomato lalu hancurkan menggunakan pisau. Selepas itu, apabila anda mandi, sapukan dan gosok pada seluruh badan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas seperti biasa.

2. Minum Air Putih Secukupnya

Foto : Upi.com

Untuk pengetahuan anda, setiap hari kita akan kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Oleh itu, bagi membolehkan badan kita terus berfungsi dengan baik, kita perlu mengimbangi bekalan air dalam badan dengan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi air.

Bukan itu je tau, tubuh badan kita juga memerlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel mati. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman badan dapat berfungsi dengan lancar. Apabila tubuh mendapat bekalan air yang secukupnya, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi.

3. Air Beras

Foto: Skincare Org

Bagi anda yang selalu memasak, pasti kenal apa itu air beras kan? Begini caranya, ketika anda mencuci beras, air bilasan jangan di buang ya! Ambil air bilasan tersebut dan asingkan ke dalam baldi. Kemudian, ambil air beras dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari. Khasiat air beras ini mampu menghaluskan dan memutihkan kulit!

4. Air Rendaman Limau Nipis

Foto : Pixers

Khasiat buah-buahan sitrus seperti limau nipis, limau kasturi dan lemon sememangnya kaya dengan vitamin C. Malah ia juga berfungsi sebagai agen kecantikan untuk wanita. Caranya adalah, hiriskan beberapa biji limau nipis dan rendamkan selama 40 minit di dalam baldi. Kemudian, anda boleh mandi dengan air rendaman ini. Limau nipis bukan sahaja dapat membantu memutihkan kulit tetapi dapat membantu mengharumkan bau badan.

5. Masker Beras Pulut 

Foto : Keluarga Karangkraf

Caranya adalah dengan menggorengkan beras pulut tanpa menggunakan minyak sehingga bertukar warna kekuningan. Kemudian, tumbuk atau kisar menjadi serbuk dan bancuh dengan air putih. Sapukan masker pada wajah dan seluruh anggotan badan. Biarkan sehingga kering dan bilas menggunakan air bersih. Anda akan merasakan kulit menjadi lebih licin dan lembut.

6. Yogurt Asli

Foto : Higmag

Yogurt bukan sahaja antara menu untuk menguruskan badan, tetapi ia boleh digunakan untuk mencerahkan kulit. Caranya, ambil yogurt asli yang boleh anda dapati di pasaraya, kemudian lumurkan pada bahagian wajah dan leher, kemudian biarkan sehingga kering sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan sebanyak 3 kali seminggu!

7. Betik

Foto : Nypost.com

Kebiasaanya betik popular dengan mengubati masalah sembelit atau buasir. Tetapi, buah betik juga dapat membantu memutihkan serta menghaluskan kulit tau! Caranya, ambil buah betik dan kisar sehingga lumat. Kemudian ambil kisaran betik tersebut dan sapukan pada seluruh wajah; biarkan kering selama 15 minit. Setelah kering, bilas dengan menggunakan air bersih. Anda akan merasakan kulit menjadi lebih halus dan licin.

Mudah kan? Anda tidak lagi perlu berhabis wang untuk memutihkan kulit. Jom cuba tips ini!

Sumber: Mr.Tengku Asmadi , Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 1 Nov 2018

10 Bintang Ternama Hollywood Dengan Pakaian Terbaik Halloween!

Pesta Halloween disambut setiap 31 Oktober.

Oh Lawa Thu, 28 Jun 2018

Potongan Rambut Scha Alyahya Yang Dikatakan Macam Sayur Kubis Sebenarnya Popular Dikalangan Selebriti Antarabangsa

Selain Scha Alyahya, ramai selebriti luar negara mengenakan potongan rambut sayur kubis iaitu istilah baru dikalangan netizen.

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Katakan Tidak Pada Muka Pinggan! Ini Cara Pecahkan Lemak Di Muka Anda

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul.

Oh Lawa Thu, 5 Jul 2018

Jangan Main Pakai Sahaja, Ikuti Kaedah Memakai Lip Matte Dengan Cara Yang Betul

Kalau nak tahan lama, ikuti teknik memakai lip matte ini.

Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019

Rambut tidak lagi gugur dengan syampu dan perapi ini

Herbalife Nutirition lancar dua produk penjagaan rambut

Oh Lawa Mon, 15 Jan 2018

Kanta Lekap Berwarna atau Natural?

Pemakaian kanta lekap kini menjadi trend dan merupakan antara item fesyen yang menjadi pilihan utama wanita dalam dunia kecantikan.

Oh Lawa Wed, 10 Jul 2019
Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Givenchy tampilkan beg galas yang dihiasi riben gergasi di Minggu Fesyen Paris

Anda berani bergaya dengannya ketika berjalan-jalan di pusat beli-belah?

Featured Fri, 21 Feb 2020
error: Content is protected !!