Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 26, 2024 @ 2:57pm

“Nama Calon Suami Dia Adalah Mohd K”- Dakwaan Ina Naim Bakal Berkahwin Awal November Depan Tular

Penyanyi yang juga balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40, didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mohd K pada 8 November depan.

Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu sudah mula menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas nama salah seorang anggota kumpulan nasyid popular Hijjaz iaitu,  Isman Nadim Isam disebut-sebut sebagai calon suami baharu Ina.

Bagaimanapun, Isman menerusi laporan media sebelum ini berkata, dia menafikan dakwaan tersebut.

Malah, dia juga memaklumkan sudah melihat kad undangan perkahwinan Ina.

“Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K, bukan Isman.

“Sebenarnya, apabila nama saya disebut-sebut, saya ada hubungi Ina dan bertanya kepadanya. Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.

“Ina juga beritahu saya, calon suaminya pada kalangan orang biasa sahaja, bukan artis. Itu sahaja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Isman, sekiranya memang betul Ina akan berkahwin dan naik pelamin tidak lama lagi, dia mendoakan wanita itu serta anak-anak arwah sahabatnya, Suhaimi akan menjalani kehidupan gembira dan bahagia di dunia hingga akhirat.

Terdahulu, kad undangan perkahwinan Ina yang tersebar tertera nama ibu bapa bakal pengantin perempuan, Mohd Naim Samijan dan isteri, Norini Masuh.

Dituliskan juga majlis pernikahan itu akan berlangsung pada tarikh 8 November di lokasi Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga. Namun, nama penuh pengantin lelaki ditutup.

Imbas kembali, Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim berkahwin dengan Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan Suhaimi dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

ARTIKEL BERKAITAN:“Propa Semua Tu… Nak Sedap Ayat Bagi Gempak” – Ina Naim

ARTIKEL BERKAITAN:

ARTIKEL BERKAITAN: Ina Naim Mohon Netizen Jadikan Kisah Cerai Fazura & Fattah Amin Sebagai Pengajaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Trending Sun, 1 Nov 2020

Vokal Mania: Aina & Tomok Tebus Kekalahan Minggu Lalu, Ini Senarai Penuh Ranking Episod 2

Apa pendapat korang pasal persembhan Vokal Mania semalam?

Featured Wed, 8 May 2019
Featured Wed, 14 Dec 2022

Fendy Bakry Sebak Kucing Kesayangan Mati – “Terima Kasih Nak Hadir Dalam Hidup Daddy & Mummy…”

Baru-baru ini, pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa sebak apabila kucing kesayangannya iaitu Missy dipercayai mati akibat paru-paru berdarah. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fendy, dia dan isterinya, Ayu Afnizar tidak dapat menahan air mata […]

Trending Sat, 4 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Latif Romly Pertahan Pingat Emas

Atlet para negara, Abdul Latif Romly, 24, berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi. Latif muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga, […]

Featured Fri, 16 Jan 2026

Siti Nurhaliza Nasihat Wanita 40-an Buat ‘Weight Training’, Sambil Bersukan Ajak Peminat Nyanyi Lagu Kesuma

Menurut Siti, senaman beban penting bagi membantu menguatkan tulang dan memastikan tubuh kekal sihat seiring peningkatan usia.

error: Content is protected !!