Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 5, 2026 @ 11:12am

“Nanti Tulis Yang Betul, Tak Sahih Jangan Tulis” – Kes Tipu Tanah Babitkan RM1.5 Juta, Pelakon Drama Nur Kini Ditahan Reman

Pelakon wanita yang didakwa terlibat dalam kes penipuan bersama suaminya, akhirnya ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes  urusan penjualan tanah kurnia membabitkan kerugian sebanyak RM1.5 juta.

Aktres wanita tersebut ketika ditemui pengamal media di Mahkamah Majistret berkata, dia meminta untuk menulis perkara yang sahih selain mengucapkan terima kasih.

“Nanti tulis apa yang betul, tak sahih jangan tulis. Terima kasih,” katanya ringkas.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, suami isteri itu dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman selepas dicekup di tempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Dakwa Azar Azmi & Suami Scam Jutaan Ringgit? – “Patutlah Lama Tak Berlakon, Kerja Tipu Duit Orang”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Tipu RM1.5 Juta Jual Tanah Tak Wujud, Pelakon Wanita Bersama Suami Kini Dalam Senarai Dikehendaki

Tambahnya, pasangan itu dibawa ke Mahkamah Majistre untuk direman sebelum Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah membenarkan reman selama tiga hari terhadap kedua-dua suspek.

“Susulan satu laporan polis berkait kes penipuan yang dibuat di daerah ini, polis menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 40-an dan 30-an di tempat persembunyian mereka.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga meminta ruang siasatan yang telus dapat dijalankan dan orang awam dinasihatkan supaya tidak mengganggu siasatan dengan mengeluarkan kenyataan di media sosial,” tegasnya.

Azahar berkata, mangsa ialah lelaki berusia 56 tahun dan merupakan pesara ahli perniagaan dalam bidang pembangunan hartanah.

Mangsa dipercayai ditipu rakan sendiri dalam urusan mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor. Bagaimanapun, pada 21 September 2023, mangsa ditawarkan beberapa lot tanah di Mukim Cheras yang dijanjikan berstatus kurniaan kerajaan negeri.

Mangsa kemudian berurusan dengan suspek dan membuat beberapa transaksi melibatkan sejumlah wang bernilai RM1.5 juta bagi proses mendapatkan lot tanah berkenaan.

Terdahulu, kes ini mula mendapat perhatian apabila seorang usahawan produk kecantikan mendakwa ditipu seorang pelakon wanita dan suaminya hingga mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Pendedahan dibuat menerusi platform Threads oleh pemilik akaun kakbeyna_official yang mendakwa, dia mengalami kerugian sehingga RM300,000, manakala mangsa lain mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit.

Difahamkan beberapa laporan polis telah dibuat, malah wanita itu turut memuat naik tangkap layar mesej mangsa lain serta paparan MyKad pelakon terbabit dan lelaki yang didakwa suaminya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

“Saya Terdengar Seorang Wanita Nyanyi Lagu Ku Akui, Suaranya Merdu!” – Hafiz Suip Imbas Momen Berkenalan Dengan Isteri

Menurut Hafiz Suip, hubungan mereka mudah terjalin kerana isterinya memahami kerjayanya dan banyak memberi sokongan.

Featured Sun, 7 May 2023
Featured Wed, 13 Aug 2025

“Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Jobling Tampil Pertahankan Diri

Ariz menafikan dakwaan bahawa dia mengamuk selepas Anna dibawa keluar dari kereta pacuan empat roda oleh peguamnya.

Hiburan Thu, 21 Nov 2019

“I Suka You Buncit” – Linda Rafar Larang Suami Diet

Korang suka yang buncit ke yang sado??

Hiburan Fri, 12 Dec 2025
Hiburan Mon, 9 Dec 2024
Hiburan Mon, 20 Jan 2025

Nuha Bahrin, Jejaka ‘Y’ Saling Mengenal Hati Budi 

Nuha Bahrin, Jejaka Y mula rapat sejak MV Ela Eynak

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Sibuk Urus Anak, Niena Baharun Tiada Masa Layan Sosial Media

Rindu nak tengok Niena berlakon balik…Agak-agak bila eh?

error: Content is protected !!