Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops August 1, 2019 @ 11:00am

Nasihat keibuan Michelle Obama buat Meghan Markle terdiam

Barack Obama pernah meninggalkan impak kepada dunia ketika bertugas sebagai presiden Amerika Syarikat.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan hidupnya, anda pasti tahu yang isteri Barack, Michelle, pun sama berpengaruh kerana perwatakannya yang prihatin dan baik hati.

Hujah-hujah yang beliau sampaikan menerusi ucapannya berbunyi pintar dan penuh dengan nasihat, terutamanya untuk golongan wanita.

Patutlah Meghan Markle pun turut terpesona dengan budi pekerti yang Michelle tonjolkan.

Michelle melawat sekolah Mulberry School di Tower Hamlets, London. (Foto: Daily Mail)

Baru-baru ini, isteri Putera Harry dari Britain itu diberi peluang untuk menjadi ketua pengarang tetamu bagi edisi September majalah British Vogue.

Untuk muka belakangnya, Meghan ingin menampilkan segmen temu ramah bersama Michelle mengenai keibuan.

Alangkah terkejutnya Meghan setelah membaca jawapan kepada soalan-soalan yang beliau tujukan kepada Michelle.

Menurut Meghan, kata-kata Michelle mengingatkan kita bukan mengenai bagaimana beliau telah menjadi seorang tokoh yang berpengaruh.

Sebaliknya, naratifnya yang membuat pembaca berfikir menunjukkan mengapa Michelle ialah seorang individu yang dihormati oleh orang di serata dunia.

“Sebagai seorang ibu, saya telah belajar cara untuk membiarkan anak-anak saya membesar. Cubalah sebanyak mana pun, kita tidak boleh mengawal semua benda. Saya sudah cuba, terutamanya ketika saya baru menjadi ibu,” tulis Michelle.

“Sebagai ibu, kita tidak mahu sebarang perkara buruk berlaku dan mencederakan anak kita, tetapi hidup ini ada perancangannya yang tersendiri.”

(dari kiri) Malia, Barack, Sasha dan Michelle (Kredit foto: AFP/Getty)

Michelle kemudian menceritakan kisah anak-anak perempuannya Malia, 21, dan Sasha, 18.

“Pengalaman sebagai seorang ibu telah mengajar saya bahawa saya sepatutnya memberi ruang kepada mereka untuk meneroka dan berkembang menjadi individu yang mereka ingin jadi.

“Bukan siapa yang saya ingin mereka jadi atau siapa saya ingin jadi ketika saya sebaya dengan mereka.

“Menjadi seorang ibu juga mengajar saya yang saya tidak sepatutnya menyediakan jalan selamat dalam usaha untuk menghapuskan apa sahaja yang boleh membahayakan mereka.

“Sebaliknya, saya patut jadi satu tempat yang selamat dan konsisten untuk mereka mendarat apabila mereka jatuh. Saya juga perlu tunjukkan kepada mereka bagaimana untuk bangun dengan sendiri.”

Meghan dan Harry bahagia dengan Archie (Kredit foto: Chris Allerton/AFP/Getty Images)

Memandangkan Meghan dan Harry baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka, Archie Harrison, Mei lalu, Michelle juga mengimbas kembali memorinya sebagai seorang ibu kepada bayi kecil.

“Apabila Malia dan Sasha baru dilahirkan, waktu saya dan Barack sering hilang begitu sahaja kerana kami leka ketika melihat mereka tidur dengan lena.

“Kami gemar mendengar setiap bunyi yang mereka buat, terutamanya ketika mereka dibuai mimpi.

“Jangan salah faham, keibubapaan di peringkat awal memang memenatkan. Saya pasti anda tahu bagaimana rasanya.

“Tetapi ada sesuatu yang ajaib mengenai adanya seorang bayi di dalam rumah anda. Masa boleh menjadi panjang dan singkat, tetapi setiap saat ada keabadiannya yang tersendiri,” tulisnya di dalam jawapan temubual berkenaan.

Akhir kata, Michelle menulis, “Saya sangat gembira yang anda dan Harry akan melalui pengalaman ini, Meghan. Nikmati semuanya sementara anda masih boleh.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 May 2024

Isu Ahli Kumpulan SMDX Dilabel Sombong, Pihak Pengurusan Tampil Mohon Maaf

Moga apa yang berlaku dijadikan pengajaran. Mereka pun dah minta maaf kan…😎✌️

Featured Mon, 30 Dec 2024

Shuib Mengamuk! Dedah Wajah Individu Tipu RM1 Juta Atas ‘Tiket’ Kawan – “Kau Tipu Aku Dengan Cara Paling Cilak*!”

‘Cara kau tipu aku memang kau jenis tak ada hati perut punya manusia’ -Shuib

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Like Mother, Like Daughter!” – Gelagat Serta Tarian Norreen Iman & Anak Curi Perhatian

Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai yang mengetahui pelakon dan pempengaruh Norreen Iman sering memuat naik video kandungan lucu yang mencuit hati penonton. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan […]

Featured Fri, 25 Jun 2021

Sering Terima Cadangan Perlanjutan Program i-Sinar & i-Lestari, Kerajaan Cuba Cari Penyelesaian – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz memberitahu kerajaan telah menerima pelbagai cadangan termasuk pelaksanaan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari. Menerusi laman Facebooknya, beliau menjelaskan telah mengambil kira pelbagai cadangan dan permintaan oleh […]

Featured Fri, 24 Jun 2022

“Tak Mahu Tanggung Beban” – Syukur Boleh Tarik Nafas Lega, Konflik Shila Amzah & Media Selesai!

Alhamdulillah… seronok je kan bila masing-masing dah berbaik 😊

Featured Mon, 23 Mar 2020

Senaman ringkas untuk bahu elak tekanan akibat duduk terlalu lama

Sesiapa sahaja boleh lakukan 4 langkah mudah ini

familuv Tue, 4 Dec 2018

Nak Jadi Ibu Bapa Yang Penyabar? Elak Lakukan 5 Perkara Ini

Jika kerap memarahi anak, emosi mereka akan terjejas!

Eat Travel Tue, 15 May 2018

10 Foto Pantai-Pantai Tercantik Di Dunia, No. 4 Paling Gorgeous

Jom nikmati dan kagumi ciptaan Tuhan dengan melihat foto-foto pantai yang paling gorgeous di dunia.

error: Content is protected !!