Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 21, 2025 @ 3:22pm

Netizen Kagum, Kejayaan Siti Nurhaliza Diceritakan Dalam Buku Teks Filipina Tingkatan 3 Bertajuk ‘Suara Emas & Hati Asia’

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi sebutan ramai selepas kisah hidup dan pencapaiannya dipaparkan dalam buku teks sekolah di negara Filipina.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu dipercayai berasal dari negara tersebut meninggalkan komen di salah satu hantaran milik Siti yang bertanya sama ada beliau adalah tokok yang disebut itu.

Pelantun lagu Menamakanmu Cinta ini turut membalas komen tersebut dengan emoji hati berwarna merah.

Ada juga individu lain yang turut memuat naik sebuah foto memaparkan halaman buku teks sekolah yang menceritakan tentang pencapaian Siti dalam buku teks Filipina.

‘Artikel Siti Nurhaliza: Suara Emas Dan Hati Asia’,” tulis tajuk yang tertera pada teks tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Siti yang bukan sahaja seorang penyanyi tersohor di Malaysia, malah mendapat penghargaan meluas di peringkat antarabangsa.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Aug 2020
Featured Thu, 24 Aug 2023
Trending Sat, 18 Nov 2017

Kami Bukan Warga Asing Jangan Jejaskan Periuk Nasi Kami – Afiqah Ismail

Ada pula yang berkata yang kedai ini diusahakan oleh pihak ketiga iaitu warga asing sedangkan ia diusahakan oleh orang tempatan kita

Featured Mon, 14 Oct 2024

“Sekufu Atau Tidak, Itu Nombor 2… Kita Lebih Kaya, Suami Tetap Atas Kita” – Fasha Sandha

Ingat, selalu fikir positif dan doa yang baik-baik untuk semua❤️❤️❤️

Featured Mon, 15 Nov 2021

Lagu Kita Cinta 3: Penyingkiran 2 Couple, Ada Konflik Sampai Nak Tukar Pasangan? Jom Recap Episod 3!

Episod ketiga program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi dihangatkan dengan gandingan mantap pengacara Kamal Adli dan Ain Edruce. Malah, kedua-dua pengacara ini turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Seribu Tahun. Apa […]

error: Content is protected !!