Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom October 17, 2018 @ 12:00pm

Nikmati “The Real British Fish & Chips” Di Cor Blimey. Memang AAA!

“Cor Blimey!” adalah ungkapan tradisional bagi orang British dalam menunjukkan reaksi saat diberikan kejutan atau sebagai ucapan terima kasih, dan itulah pengalaman yang ingin ditawarkan kepada semua pelanggan yang menikmati hidangan enak di restoran Cor Blimey.

Dibuka pada Januari 2016, cawangan pertamanya terletak di No. 33, Jalan SS 21/1A, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor. Manakala cawangan kedua pula, berpengkalan di lot 23, Jalan SS 15/4, Subang Jaya, Selangor.

Restoran bercitarasakan makanan laut ala Inggeris (British) itu, dimiliki oleh pemuda bernama Adam.

Dibesarkan di sebuah kota klasik dilitupi pepohon rimbun, Hampshire, England, Adam menghabiskan banyak masanya pada musim panas di tepi laut, selain mencari restoran fish and chips tempatan terbaik menjadi hobi kegemarannya.

Tidak pernah melupakan akar umbi keluarga yang berasal dari Malaysia (Klang), Adam bersama misi peribadinya untuk membawa ‘authentic British fish and chips’ ke rumah keduanya (Malaysia) sekaligus berkongsi keghairahan makanan Inggeris dengan rakyat tempatan.

Jika anda mengunjungi restoran ini, anda akan mendapati kesemua hidangan yang disediakan adalah asli Inggeris, made-from-scratch, segar, lazat dan yang pasti ia sebuah restoran halal dan bebas alkohol.

Dimana semua orang boleh menikmati makanan Inggeris tanpa ragu!

“British style fish and chips are the best in the world. We like to think that Cor Blimey!’s fish and chips are the best in Malaysia,” kata Adam.

Hidangan wajib anda cuba adalah fish fillets, yang digoreng ringan dalam tiga pilihan adunan unik, sehingga coklat perang keemasan di luar, namun lembab dan lazat di dalamnya.

Hidangan yang dihadirkan bersama sayuran segar dan perahan jus lemon, bertambah sempurna apabila kepingan ikan dicelupkan dalam sos tartar yang menyengat!.

Selain itu, menu homemade wajib dipesan anda adalah chunky chips, yang diperbuat daripada kentang segar, dipotong dan terus dimasak.

Nak tahu apa lagi menu lazat-lazat yang disediakan Cor Blimey, boleh rujuk hidangan di bawah.

1. Fisherman’s Pie (RM25.90)

Foto: JJCM

Boleh dinikmati sebagai appetiser atau pengalas perut, mahupun minum petang selain pilihan makan malam. Seasoning-nya sempoi sahaja, hanya sedikit daun parsley yang digunakan.

Intinya kaya dengan isi ikan, kupang dan pelbagai makanan laut lain. Berbaloi untuk dicuba buat mereka yang gemarkan Shepherd’s Pie tetapi versi seafood.

2. Fisherman’s Catch (RM9.90)

Foto: JJCM

Sebagai pembuka selera, menampilkan catch of the day (tangkapan hari ini). Udang harimau, kupang dan sotong segar digoreng sehingga rangup.

Dijamah bersama spicy Thousand Island dressing.

3. Bangers & Mash (RM20.90)

Foto: JJCM

Hidangan yang ringkas, sosej dan kentang putar, tetapi masih memuaskan. Nikmatinya bersama caramelised onions dan brown sauce.

4. Cod Fish With Mushy Peas (RM34.90)

Foto: JJCM

Item signature Cor Blimey. Sos dibuat sendiri, kentang dipotong sendiri. Ikan cod disalut dengan tepung chilli lemon.

Selain chilli lemon, terdapat tiga pilihan ramuan lain – plain, lemon & herb dan onion & garlic. Rasa chilli lemon yang masam-masam pedas menjadi pelengkap sempurna untuk ikan cod yang segar.

Perhatian: Buat mereka yang datang dalam kumpulan besar, boleh memilih sama ada hidangan Sharing Platter ataupun Family Feast yang tersedia di sini.

5. Sharing Platter (RM78.90)

Foto: JJCM

6. Family Feast (RM109.90)

Foto: JJCM

Sumber: Cor Blimey & JJCM 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 Oct 2024

Tepis Dakwaan Nasi Kandar ‘Berpasir’.. Raisa Mengaku Ia Hidangan Wajib Tiap Kali Datang Ke Malaysia

Raisa pun setuju nasi kandar tu enak okay! Paling penting kena makan pakai tangan jangan pakai sudu❤️

Acara Mon, 6 Feb 2023

Konsert Ada Apa Dengan Melly Sukses, Melly Goeslaw Sebak Kenang P Ramlee

Konsert Melly Goeslaw imbau kenangan waktu sekolah…

Featured Fri, 13 Feb 2026

“Mengapa Ada Hati Yang Begitu Busuk” – Kubur Arwah Akiko Ditabur Garam Kasar Akibat Perbuatan Khianat, Ridzokumura Terkilan

Ridzuan Ridzokumura meluahkan terkilan apabila pusara arwah isterinya, Akiko, dipercayai menjadi mangsa perbuatan khianat oleh individu tidak bertanggungjawab.Ridzuan Ridzokumura meluahkan terkilan apabila pusara arwah isterinya, Akiko, dipercayai menjadi mangsa perbuatan khianat oleh individu tidak bertanggungjawab.

Featured Thu, 30 Mar 2023
Featured Fri, 13 Mar 2026

“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi pesanan buat para ibu yang baru melahirkan anak supaya tidak terburu-buru melakukan senaman sebelum tubuh benar-benar pulih sepenuhnya.

Featured Sat, 21 May 2022

“Jaga Adab Dan Lisan…” – Jasmin Hamid Kecil Hati Diperli Macam Ibu & Anak

Netizen memang ikut sedap mulut ja kan nak cakap 😑

Featured Wed, 12 Feb 2025

“Jangan Nak Tentukan Hidup Orang! Baik Korang Atur Hidup Sendiri”- Noor Nabila Mohon Netizen Jangan ‘Judgemental’

Noor Nabila menegaskan bahawa netizen tidak berhak menentukan masa depan orang lain.

error: Content is protected !!