Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 11, 2018 @ 11:22am

Nina Iskandar Belum Jemu Bawa Karakter Air Mata

Sering kali ditawarkan watak berat yang memerlukan dirinya menangis, pelakon Nina Iskandar mengaku masih selesa dengan tawaran demikian.

Bukan tidak mahu mencuba watak berlainan namun tawaran melakonkan karakter beremosi mungkin lebih sesuai dengan dirinya.

“ Saya bukan jenis yang menolak tawaran yang datang. Apa jua tawaran, saya terima dengan hati terbuka.

“ Mengenai watak sedih sahaja, saya tidak kisah membawakan karakter sebegini kerana saya faham dengan kehendak stesen televisyen mahupun produser. 

“ Selagi ada permintaan, saya ambil. Alhamdulillah, sepanjang tahun 2008 saya sibuk menerima tawaran yang datang dan saya anggap itu semua rezeki,” katanya kepada xtra.com.

Bercakap tentang watak idaman, pelakon kelahiran Brunei Darussalam ini memberitahu ingin mencuba watak wanita kurang upaya atau berpenyakit.

“ Jika ada peluang, saya juga mahukan watak yang lebih berat. Tidak mahu sentiasa dalam zon selesa saja, membawa watak wanita kurang upaya antara angan-angan saya untuk tahun 2019,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

DSV Buat Perangai, Samakan Karipap Dengan ***

DSV samakan makanan dengan bahagian sensitif wanita???

Hiburan Fri, 24 May 2024
Hiburan Sun, 2 Jul 2023

Ibu Mertua Noor Nabila Meninggal Dunia

Al-Fatihah 🤲🏻😌

Featured Tue, 5 Sep 2023
Featured Sun, 12 Nov 2023

Famili Duo 3: Raih Perfect 10! Syaiful & Sharif Rampas Kedudukan Pertama, Kreativiti Tambat Hati Juri

Memang kelakar weiiii!!!!! Min pun tak tahan gelakkk dibuatnya🤣🤣🤣

error: Content is protected !!