Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas February 15, 2018 @ 9:46am

NORA DANISH TAKUT MANDI KOLAM RENANG

Ishh! Biar betul?  Rumah pelakon yang sedang sarat mengandung, Nora Danish diceroboh makhluk yang tidak diundang?

Mustahil lah peminat tidak faham privasi Nora  yang kini menghitung hari bagi kelahiran anak keduanya,   dijangka awal Mac depan.

Makhluk yang tidak diundang itu rupa-rupanya menceroboh rumah Nora melalui kolam renang. Sehingga sekarang Nora tidak berani mengambil risiko bermandi dalam air yang telah dicemari oleh makhluk bernama ‘biawak’ itu selagi tidak dibuang dan kolam dicuci.

Laa….biawak pun meminati Nora rupanya haha!

Kemunculan biawak air berwarna hitam gelap berukuran dua setengah meter panjang itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan rakan Nora di rumah.  

Difahamkan biawak air adalah haiwan yang takut dengan manusia tapi mampu menjadi garang apabila habitatnya diganggu.

Insiden ini menimbulkan juga komen nakal seperti ‘petanda apakah  ini’ waima Nora sedang sarat mengandung’?

Jangan gelabah Nora,  tiada apa-apa petanda tu. Nama pun biawak air sudah tentu  bila nampak air jernih kolam Nora tu, apa lagi menyelusurlah ia ke dalam, nak mandi kut hihi!

Tak apalah Nora, janji Nora dan baby  selamat!

Kami  di xtra.com doakan harapan Nora untuk bersalin pada tarikh hari lahir yang sama dengannya,  iaitu pada 7 Mac  dimakbulkan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Azrinaz Mazhar Hakim ‘Belanja’ Gambar Baby Bump

Tak sabar nak tengok muka baby nanti!

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Akui Sukar Tapi Kaer Azami Tak Pernah Menyesal

Cinta saya terhadap bidang muzik amat kuat dan atas sebab itu saya nekad meninggalkannya…

Events Sun, 7 Oct 2018

It’s Breast Cancer Awareness Month! Do You Know How to Check Your Breasts?

Early detection is vital in prevention breast cancer.

Featured Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Foto Mesra Noor Nabila Dengan Jejaka Berjambang Undang Spekulasi

Foto mesra Noor Nabila bersama seorang jejaka berjambang cetus spekulasi.

error: Content is protected !!