Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 24, 2021 @ 3:33pm

“Objektif Saya Adalah Untuk Beri Kesedaran Menyeluruh Mengenai Isu Palestin” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, mendorong orang ramai memperjuangkan dan membantu pembangunan semula Palestin menerusi jenama fesyen miliknya, Naelofar.

Melancarkan kempen ‘Naelofar For Humanity’ dengan sokongan pihak MyFundAction, platform laman sosial jenama terbabit digunakan untuk memberikan kesedaran mengenai isu yang hangat ini.

Kempen ‘Naelofar for Humanity’ akan bermula pada hari ini, 24 Mei di mana ramai selebriti mula berikrar “I stand for Humanity, I stand for Change’ untuk terus memperjuangkan perubahan di Palestin.

Di akhir kempen ini, penjualan hujung minggu “Naelofar For Humanity” akan diadakan selama dua hari di, di mana hasil 100% akan disalurkan ke dana myFundAction.

Pada 29 dan 30 Mei ini juga, 100% hasil jualan yang dibuat dalam masa 48 jam di Naelofar.com, Naelofar TTDI, Setia Alam, One Utama, Sogo dan Isetan akan terus ke diberikan kepada Naelofar For Humanity x myFundAction.

“Menerusi kempen Naelofar For Humanity ini, objektif saya adalah untuk memberi kesedaran yang menyeluruh mengenai apa yang sedang berlaku di Palestin dalam kalangan pengguna, juga dapat memberikan bantuan dalam membina semula Gaza yang terjejas.

“Justeru, 100% keuntungan yang diraih menerusi Naelofar For Humanity Weekend Specials akan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction.

“Insya-Allah, saya berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sangat sangat memerlukan di sana,” kata Neelofa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif jenama terbabit pula, Mohamed Aqief Mohd Noor, pihak mereka telah memberikan dana berjumlah RM50,000 sebagai permulaan kempen.

“Kita selalu lupa bahawa perjuangan mereka masih belum selesai. Oleh itu kita ingin terus mendorong masyarakat kita untuk terus bersuara untuk Palestin.

“Selama tujuh hari berturut-turut, tidak akan ada penjualan atau produk selain daripada kesedaran untuk penjualan hujung minggu ini untuk mengumpulkan dana dan sokongan untuk membina semula Palestin,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Featured Thu, 5 Jun 2025
Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Tue, 22 Oct 2024

Ramai Tak Puas Hati Adira Suhaimi Berguru Dengan Andika Putera, Empunya Badan Tampil Bersuara!

Alamak ramai betul ek yang marah Adira berguru dengan Andika

Featured Sun, 16 May 2021

Hukum Tak Ambil Tahu Isu Palestin , Ini Jawapan Dari Ustaz Adnin

Seluruh dunia kini tertumpu kepada isu melibatkan Palestin dan Israel. Dengan tema solidariti untuk palestin dan #FreePalestin, seluruh dunia  berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin yang diserang Israel serta memelihara kesucian Masjidil Al Aqsa […]

error: Content is protected !!