Categories: Oh Lawa

15 Foto Yang Menunjukkan Evolusi Gaya Kecantikan Pasangan Kembar Hollywood Mary-Kate & Ashley Olsen

Anda ingat lagi tak pada pasangan kembar comel, Mary-Kate dan Ashley Olsen?

Tak kenal? Okay, anda kenal tak Elizabeth Olsen yang memainkan watak Scarlet di dalam siri filem The Avengers? Inilah kakak-kakaknya!

Jika dulu-dulu anda gemar menonton siri komedi ‘Full House’ (bukan drama Korea itu, ya!), anda mesti tahu mereka ini siapa.

Mereka mula berkecimpung dalam bidang lakonan ketika mereka baru berumur 9 bulan! Kemudian mereka telah melibatkan diri dalam pelbagai projek untuk TV dan filem.

Ketika umur mereka 7 tahun, mereka bersama-sama menubuhkan syarikat terbitan mereka sendiri iaitu Dualstar yang akan bertindak sebagai penerbit untuk kesemua projek filem, TV dan video Mary-Kate dan Ashley.

Mereka juga mengembangkan lagi “jenama” mereka dengan bekerjasama dengan banyak syarikat untuk mengeluarkan barangan merchandise seperti pakaian, buku, CD, kaset, minyak wangi, makeup, majalah, video dan board game, anak patung, poster, kalendar dan telefon!

Bukan itu saja. Semakin mereka membesar, mereka telah mula meminati bidang fesyen. Dengan banyak syarikat juga, mereka bekerjasama untuk hasilkan clothing line mereka sendiri untuk kanak-kanak dan remaja perempuan.

Antaranya adalah label fesyen couture, ‘The Row,’ serta label pakaian yang lebih kontemporari, ‘Elizabeth & James’.

Tengoklah! Dari kecil lagi dah pandai buat duit. Patutlah Forbes masukkan mereka ke dalam senarai wanita terkaya dalam industri hiburan pada tahun 2007, dengan anggaran nilai bersih sebanyak USD100 juta.

Minggu lalu, pada 13 Julai, mereka telah meraikan hari jadi mereka yang ke-32. Dah besar dah!

Untuk itu, jom kita tengok perubahan mereka dari segi fesyen dan kecantikan, dari dulu sampai sekarang. Selama ini, mereka pun telah meninggalkan impak dengan citarasa unik mereka.

Dan sambil itu, tengok-tengoklah sama ada anda boleh bezakan yang mana Mary-Kate, yang mana Ashley. Good luck!

1991

1993

1994

1997

1998

1999

2001

2003

2005

2007

2009

2011

2014

2017

2018

Sumber: Marie Claire

Kredit Foto: Getty Images

Ad Ops