Oh Lawa By: Ad Ops June 7, 2018 @ 5:00pm

3 Kesilapan Lazim Apabila Memilih Baju Raya Yang Orang Selalu Buat

Perayaan yang ditunggu-tunggu setiap tahun, Hari Raya Aidilfitri memang istimewa buat semua umat Islam dan untuk meraikannya, mereka akan berpakaian se-fabulous yang mungkin.

Selain dapat makan hidangan yang sedap-sedap dan berjumpa dengan sanak-saudara, inilah masanya untuk mereka melaram habis.

Dan kerana arena fesyen di Malaysia dah semakin berkembang, kaum wanita Muslim kini dipersembahkan dengan pelbagai jenis pilihan baju kurung yang direka berdasarkan bermacam-macam design moden. 

Tak salah untuk mengubah citarasa, tapi nampaknya ada sesetengah orang masih lagi melakukan kesilapan basic ketika menempah atau membeli baju Raya mereka. 

Ini 3 daripadanya:

1. Pilih pakaian yang fittingnya tak betul

Foto: Zalora

Trend sekarang ini adalah beli baju raya melalui online. Memang senang. Pilih saja mana yang berkenan. Masalahnya ia belum gerenti akan muat dengan betul. Anda cuma tahu ia nampak cantik berdasarkan gambar yang dilampirkan tapi sama ada cuttingnya sesuai atau tak dengan bentuk badan anda, lepas beli dan try baru tahu.

Inilah risikonya jika beli secara online. Dan semua orang pasti faham yang baju yang tak betul saiznya akan nampak tak menarik apabila dipakai. Kalau anda kurus, tak apalah lagi. Kalau badan anda jenis berisi? Nampak macam sarung nangka pula.

2. Nak bergaya sampai abaikan keselesaan

Ya, time Rayalah masanya untuk pakai baju cantik-cantik tapi ada sesetengah orang bertekad nak bergaya habis-habisan sampai mereka langsung tak fikirkan tentang keselesaan mereka.

Contohnya, lengan baju kurung terlalu labuh sampai susah nak makan. Satu lagi, semata-mata nak highlight potongan badan yang menawan, anda beli baju yang sendat tapi akhirnya susah nak duduk atau bergerak. Ataupun anda pakai high heels mahal-mahal tapi kena jalan di kawasan kampung yang berlecah.

Kan susah? Tak payah nak over sangatlah!

3. Pilih kain baju raya sedondon tak menarik. 

Foto: assyahidcollections.com

Anda mungkin perasan ada sebuah trend di mana satu keluarga pakai baju raya yang diperbuat daripada kain ela yang sama. Dah ketinggalan zamanlah idea itu!

Kalau anda nak sedondon pun, apa kata pilih kain-kain yang berlainan tapi tema warnanya sama? Barulah nampak classy. Kalau guna kain yang sama, tak kreatif langsung.

Sebaliknya, anda menggunakan tema biru laut tahun ini, sebagai contoh, dan setiap ahli keluarga akan pilih kain ela yang lain-lain tapi shadenya tetap berwarna biru laut.

Kalau tak nak pakai warna yang sama, anda boleh cuba pakai kain tak bercorak yang berwarna pastel. Tentu nampak sweet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 11 Apr 2019

Adakah anda membersih wajah dengan betul? Ini kaedah yang disarankan pakar

Tak perlu rawatan wajah mahal bagi mendapatkan kulit cantik.

Oh Lawa Fri, 23 Mar 2018

Trend Kecantikan Terbaru Korea Membuatkan Kulit Nampak Macam Kaca! Wow Berkilat

Orang Korea memang genius dalam bab-bab kecantikan. Sesetengah teknologi mereka jauh lebih advance dari negara-negara lain.

Oh Lawa Thu, 17 Oct 2019

8 panduan penggunaan primer supaya solekan kekal sempurna sepanjang hari

Ikuti panduan yang dikongsikan oleh jurusolek profesional di dunia.

Featured Fri, 28 Sep 2018
Oh Lawa Mon, 10 Jun 2019

Cara memakai setiap produk penjagaan kulit untuk dapatkan hasil terbaik

Pedap atau gosok – teknik mana yang tidak merosakkan kulit?

Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Dijemput ke perkahwinan rakan? Guna batik untuk kelihatan elegan!

Cuba selongkar almari ibu untuk dapatkan kain batik klasik!

Featured Mon, 12 Nov 2018

Stail Hariannya Diabadikan Seorang Jurugambar Setiap Hari, Pakcik Ali Memang Stailo!

Di usia 86 tahun bukanlah penghalang untuk beliau tampil bergaya.

Featured Wed, 20 May 2020
Featured Fri, 8 May 2020

| Live TV