Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 8, 2020 @ 12:43pm

Batik kapas merentas masa, tetap jadi pilihan

Kain kapas batik biasanya dikaitkan dengan sarung batik berlukis tangan dan dipakai sebagai basahan oleh kebanyakan wanita di Pantai Timur.

Berikutan keselesaan kain kapas bercorak batik atau lebih dikenali sebagai kapas batik itu, ada yang menjadikannya sebagai alas tidur atau dijahit menjadi baju untuk dipakai pada hari biasa ketika di rumah.

Kapas batik ialah kain yang diperbuat daripada bahan kapas sepenuhnya dan ia bersifat menyerap peluh serta tidak mendatangkan mudarat pada kulit walaupun kulit mungkin mengalami masalah gatal atau cepat berpeluh.

Athirah Abdullah menunjukkan koleksi kapas batik yang ditawarkan Alwi Batik. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Pengurus Alwi Batik, Athirah Abdullah, berkata kain kapas batik mempunyai banyak keistimewaan menyebabkan ia terus diguna pakai hingga kini dalam apa jua acara.

“Kalau dahulu batik kapas mengingatkan kita pada sarung batik sahaja, tetapi kini ia berimej baharu dengan dihasilkan dalam bentuk kain pasang dan dijadikan baju kurung tradisional atau baju kurung moden.

“Fesyen sentiasa berubah dan begitu juga dengan kapas batik yang muncul dengan motif, warna dan corak yang lebih segar,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kraf Jalan Conlay, baru-baru ini.

Pengasas Alwi Batik, Abdullah Alwi, menunjukkan koleksi baju kurung moden daripada kapas batik yang ditawarkan kepada pengunjung ketika Hari Kraf Kebangsaan, baru-baru ini. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Alwi Batik adalah antara pengusaha batik yang berpangkalan di Kota Bharu dengan menawarkan pelbagai jenis kapas batik dengan corak terkini, moden dan cantik.

Selain menjual kapas batik, Alwi Batik yang mempunyai cawangan di Sunway Putra Mall turut menghasilkan songket dan kain sutera untuk memenuhi kehendak pelanggan yang berkunjung ke premis mereka.

Athirah yang ditemani bapanya, pemilik Alwi Batik berkata, kapas batik sejak dahulu menjadi pilihan penggemar batik kerana boleh digunakan pada kedua-dua bahagian kain.

“Keistimewaan kapas batik ialah kedua-dua bahagian mempunyai rona warna yang sama dan tidak menampakkan perbezaan walaupun asasnya memang ada bahagian luar dalam dalam.

“Kebanyakan kain kapas batik tidak akan pudar warnanya walaupun di basuh berkali-kali dan paling menarik ialah pakaian daripada kapas ini sesuai dengan cuaca di negara kita,” katanya manis dalam persalinan kapas batik.

Perhatikan bahagian dalam baju kurung moden daripada kain kapas batik yang tiada beza dengan bahagian luar. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Mungkinkah persiapan raya anda kali ini bakal dimeriahkan dengan kapas batik yang dihadirkan dalam potongan baju kurung atau kebaya labuh? Tepuk dada tanya selera, yang penting kapas batik tetap indah digayakan dalam apa jua acara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Aug 2019
Featured Mon, 20 Feb 2023

Selepas Hidap 6 Penyakit Kronik, Ibnor Riza Kini Ditidurkan

Allahuakbar! Semoga Ibnor diberi kesembuhan segera 🤲

Featured Sat, 18 Mar 2023
Featured Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Terbaik Pejuang Islam Al-Quds..” – Akibat Dedah Aurat Paha, Segmen ‘What Is On The News Today?’ Kini Makan Diri Caprice?

Sesuai dengan peribahasa ‘Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang Lebih’ ke ni gais? 🤔🤔🤭

Featured Thu, 2 Oct 2025

“Terima Kasih Beri Keizinan & Reda, Ku Serahkan Dirimu Pada Penjagaan Allah” – Heliza Helmi Sempat Tinggal Komen Balas Pada Hantaran IG Suami

Lebih menyentuh hati, Mahadi turut membalas komen tersebut sekali gus berharap dapat berjumpa Heliza tidak lama lagi.

Featured Mon, 21 Oct 2024
Featured Wed, 26 Jun 2019
error: Content is protected !!