Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin August 23, 2018 @ 3:00pm

4 Cara Berkesan Hilangkan Bintik Hitam Pada Wajah Anda

Biasanya jerawat yang tumbuh pasti akan meninggalkan kesan hitam pada wajah kita. Lagi banyak jerawat, makin bertambahlah bintik-bintik hitam! Keadaan ini akan mengganggu penampilan wajah kita yang seharusnya flawless. 

Lepas ini anda tak perlu risau lagi, Hijab & Heels senaraikan 4 cara untuk menghilangkan bintik-bintik hitam yang degil pada wajah. Jom cuba!

1. Betik

Foto: Maskulin

Ambil dua potong betik dan kisar sehingga halus. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi sedikit susu segar dan madu. Sapukan pada seluruh wajah atau pada bahagian yang ada bintik hitam. Biarkan sehingga kering, setelah itu bilas sehingga bersih.

2. Kacang soya

Foto: Kaklong Chan

Untuk pengetahuan anda, kandungan vitamin pada kacang soya ternyata cukup baik untuk kulit. Cara membuatnya cukup mudah, ambil beberapa biji kacang soya, kisarkan sampai halus. Sapukan pada bahagian wajah yang terdapat bintik hitam. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air sejuk sehingga bersih.

3. Putih telur

Foto: Alodoktor

Ambil sebiji telur, pisahkan kuning dan putih telurnya. Sapukan putih telur pada bahagian wajah yang terdapat bintik hitam. Biarkan selama 20 minit atau sehingga kering. Kemudian, cuci bersih dan lakukannya setiap hari untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

4. Lemon

Foto: Genzonderlan.com

Kalau anda nak tahu, lemon kaya dengan vitamin C yang boleh membantu menghapuskan bintik hitam. Caranya sangat senang, ambil sebiji lemon, belah menjadi dua dan tenyeh lembut kepada bahagian wajah yang ada bintik hitam. Lakukan cara ini secara rutin, dalam beberapa hari anda akan lihat bintik-bintik hitam tersebut kian menghilang.

Mudah sahaja kan? Perlu ingat, anda mesti rajin bersihkan wajah dan minum air putih yang secukupnya. Barulah kekal cantik dan sihat sepanjang masa!

Sumber: Women Online Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!

Featured Wed, 13 Jun 2018

YB Nurul Izzah Setia Dengan Item Pakaian Ini Ketika Di Rumah. Baju Kurung Juga Ke?

Baju kurung dan tudung bawal memang dah sinonim dengannya. Di rumah pula?

Featured Thu, 6 Sep 2018

Adakah Anda “Spesis” Tidur Pun Nak Cantik? Baik Anda Segera Ubah Tabiat Anda

Pastikan anda membersihkan kulit wajah, tanggalkan gincu dan maskara terlebih dulu sebelum tidur.

Featured Thu, 7 May 2020
Oh Lawa Thu, 29 Nov 2018
Featured Wed, 25 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 24 May 2018

Patutlah Nampak Cantik Dan Berseri, Ini Rupanya Rahsia Awet Muda YB Nurul Izzah

Sangat simple, petua YB Nurul Izzah untuk kekal awet muda.

Oh Lawa Mon, 15 Jan 2018

Kanta Lekap Berwarna atau Natural?

Pemakaian kanta lekap kini menjadi trend dan merupakan antara item fesyen yang menjadi pilihan utama wanita dalam dunia kecantikan.

Featured Fri, 22 May 2020
error: Content is protected !!