Oh Lawa By: tex_admin August 22, 2018 @ 10:00am

4 Tanda Produk Kecantikan Yang Tidak Sesuai Dengan Kulit Anda

Kalau kita lihat ramai wanita menginginkan kulit wajah yang putih, bersih dan gebu. Disebabkan itulah terdapat lambakan produk-produk kecantikan dijual di pasaran dan ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Tapi tahukan anda, tidak semua produk kecantikan yang anda ingin gunakan atau sudah digunakan itu bagus untuk kulit wajah anda. Hal ini kerana, terdapat produk kecantikan yang akan menimbulkan risiko yang berbahaya kepada kulit anda.

Foto: The Conversation

Jom ketahui reaksi kulit anda daripada kesan penggunaan produk yang tidak sesuai dan merisikokan kesihatan kulit anda.

1. Kulit terasa panas

Apabila anda menggunakan sesuatu produk kecantikan dan merasakan kulit mula terasa panas ia disebabkan produk tersebut tidak ‘bekerja’ pada kulit wajah anda.

Rasa panas boleh menimbulkan iritasi yang lebh berisiko dan menimbulkan radang (kemerah-merahan). Sebaiknya anda hentikan pemakaian produk tersebut!

2. Kering dan kusam

Kalau anda nak tahu sesetengah produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan sangat bagus untuk melembabkan kulit tapi hasilnya kulit jadi semakin kering dan kasar.

Begitu juga dengan penggunaan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat daripada bahan sodium hidrosikda yang banyak.

3. Kulit jadi lebih sensitif

Kalau anda perasan, apabila anda berada di luar dengan cuaca yang panas kulit wajah anda bertukar menjadi kemerahan. Ianya kemungkinan kesan daripada penggunaan skin care yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A).

Hati-hati ya sebab produk yang mengandungi bahan ini akan menjadikan kulit wajah anda lebih sensitif dengan sinaran matahari.

4. Menggelupas

Ramai yang berpendapat kulit yang menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baharu atau bersalin kulit. Tapi, tahukah anda, lapisan kulit yang pertama amat penting bagi melindungi kulit daripada terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Selain itu, pengelupasan ini akan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis.

Sekiranya anda mengalami reaksi kulit seperti yang disenaraikan, segeralah berhenti daripada menggunakan produk kecantikan tersebut.

Jangan biarkan kulit terus rosak, kesannya diri sendiri juga yang akan menderita. Apa yang penting sebelum menggunakan sesuatu produk dapatkan nasihat doktor yang lebih pakar.

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Nov 2018

Menurut Kajian, Makan Buah Pir Berkulit Merah Boleh Cantikkan Kulit

Lagi banyak makan, lagi cantik kulit anda!

Oh Lawa Mon, 13 Aug 2018

15 Cara Untuk Menggayakan Kimono Anda

Ada pelbagai gaya yang anda boleh cuba.

Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Ketahui rahsia kulit kayu manis untuk kulit cantik dan sihat!

Oh Lawa Fri, 23 Mar 2018

Trend Kecantikan Terbaru Korea Membuatkan Kulit Nampak Macam Kaca! Wow Berkilat

Orang Korea memang genius dalam bab-bab kecantikan. Sesetengah teknologi mereka jauh lebih advance dari negara-negara lain.

Featured Mon, 19 Aug 2019

Himpunan Merdeka Habib 2019 tampil motif antik

Sambutan istimewa bersempena nostalgia 61 tahun

Featured Wed, 24 Jul 2019

Soul Matte, koleksi ideal untuk si gadis kulit berminyak

Selain berkualiti, jenama Alha Alfa Cosmetics juga berstatus halal!

Featured Mon, 30 Mar 2020

Gaya ceria dan retro polka dot serlahkan si hijabista

Sesuai untuk semua peringkat umur

Featured Wed, 12 Dec 2018
Acara Thu, 28 Nov 2019
Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Ketahui Tip-Tip Membeli Kasut Tumit Tinggi & Bila Masa Paling Sesuai Untuk Beli

Anda mesti praktikkannya supaya anda rasa selesa ketika memakai high heels anda.