Oh Lawa By: Ad Ops August 13, 2018 @ 12:02pm

15 Cara Untuk Menggayakan Kimono Anda

Rasanya stail fesyen kimono dah lama ada di Malaysia. Ramai wanita dah pandai bergaya dengannya, macam cardigan panjang.

Ia tak terlalu panas untuk dipakai, lebih-lebih lagi kalau ia bertekstur kain satin atau sutera. Cantik-cantik pula corak dan design yang ada di pasaran sekarang!

 

Diinspirasikan oleh pakaian tradisional Jepun, kimono yang kontemporari kini telah diberi nafas baru. Sekarang ini dah ada pelbagai saiz, reka bentuk serta detail tambahan seperti rambu-ramba yang mengunikkan lagi item pakaian tersebut.

Oleh kerana dah ada macam-macam jenis dan rupa, anda perlu berhati-hati apabila menggayakan kimono anda. Kalau tersalah padan, outfit anda nanti macam tak kena pula.

Di sini ada beberapa contoh stail pemakaian kimono yang anda boleh tiru.

 

1. Padankan dengan kasut boots.

Foto: Song of Style

Nampak menarik jika anda padankan dengan seluar jeans dan T-shirt putih bercorak kosong.

2. Jangan takut untuk gunakan aksesori

Foto: The Girl From Panama

Jika anda akan berada di luar, pilih topi yang matching.

3. Samakan tema warna

Foto: Instagram @neotoclothing

Jaga-jaga dengan skema warna pakaian anda. Jika anda pakai kimono berwarna lembut seperti pastel, pastikan item pakaian yang lain pun sama lembut.

4. Lapiskan dengan jaket kulit

Foto: Mafalda C./Lookbook.

Kalau nak, anda boleh pakai kimono, lepas itu pakai jaket kulit di atasnya. Padankan dengan kasut boots.

5. Serlahkan rupa dengan seluar kulit

Foto: Christina Dueholm

Pakai seluar kulit supaya nampak lebih edgy.

6. Padankan kimono rambu-ramba dengan handbag

Foto: Yulia Si

Anda takkan nampak “over” kalau beg tangan anda pun ada rambu-ramba macam kimono. 

7. Pakai kasut cantik

Foto: Instagram @marie_daly

Kalau kimono anda tak menyerlah, pastikan kasut anda boleh tarik perhatian orang, at least.

8. Pilih kasut sama warna

Foto: Nil Erturk

Kalau kasut anda ada warna yang sama dengan kimono anda, lagi menarik!

9. Padankan pakaian anda secara monokromatik

Foto: Beauticurve

Cantik juga jika baju dan sarung kimono anda datang dari kumpulan warna yang sama.

10. Gunakan warna kimono untuk serlahkan rupa

Foto: Q2HAN

Kalau baju anda serba hitam, kimono yang berwarna terang boleh cerahkan rupa anda.

11. Jangan pakai banyak corak!

Foto: Hey, Carpe Diem!

Kalau kimono anda dah bercorak, tone down sikit untuk item pakaian lain.

12. Gunakan kimono sebagai aksesori

Foto: Alana Ruas

Kalau kimono anda bukan fokus untuk keseluruhan outfit anda, gunakannya untuk menampakkan lapisan yang dramatik.

13. Padankan dengan dress bercorak kosong

Foto: Our Favorite Style

Cara paling mudah untuk pakai kimono adalah dengan memadankannya dengan dress kosong.

14. Cari kimono yang sesuai untuk kerja

Foto: Mannequin Parade

Ia tetap nampak cukup sopan.

15. Padankan rambut atau tudung anda dengan kimono

Foto: Nany’s Klozet

Barulah terserlah.

Sumber: Stylecaster

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 5 Apr 2018

Penangan Gelekan Memukau Izara Aishah, Buat Penonton Terlupa 60 Koleksi Lebaran Rizalman For Zalora 2018

Seperkara yang tetamu sukar untuk ‘move on’, adalah segmen finale menyaksikan gelekan mempersona daripada oleh Izara Aishah mempersembahkan tarian Bollywood.

Featured Fri, 10 Apr 2020

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Khusus untuk si pencinta alam sekitar

Featured Tue, 2 Jun 2020
Oh Lawa Fri, 4 May 2018

Ekstrak Batu Permata Berupaya Mencantikkan Kulit Tapi Tidak Ramai Tahu

Ini kerana ia kaya dengan bahan mineral yang dapat merealisasikan kulit cerah berseri.

Oh Lawa Tue, 16 Jan 2018

Mengapa Pakai Tudung Jenama Tiruan Tak Cool

Kebanjiran tudung tiruan berjenama premium contohnya seperti dUCK scarf seakan sesuatu yang boleh diterima. Walhal, gejala ini amatlah tidak cool langsung! Ini kenapa tudung berjenama tiruan tidak boleh diterima atau layak digayakan: 1) If you […]

Featured Fri, 3 Apr 2020

Koleksi jubah dan abaya artis, mana paling cantik?

Persalinan yang selesa dan cantik

Oh Lawa Wed, 29 May 2019
Oh Lawa Thu, 5 Jul 2018

Jangan Main Pakai Sahaja, Ikuti Kaedah Memakai Lip Matte Dengan Cara Yang Betul

Kalau nak tahan lama, ikuti teknik memakai lip matte ini.

Featured Mon, 15 Jul 2019
Oh Lawa Mon, 20 Aug 2018

Majalah Vogue Sekat Pembabitan Model Bawah 18 Tahun Menghiasi Majalah Itu

Majalah fesyen paling berpengaruh di dunia, Vogue mengumumkan tiada lagi pembabitan model di bawah umur 18 tahun.