Featured By: Yanie Baharom July 15, 2019 @ 3:26pm

Stail rambut ‘V’ Kourtney Kardashian petanda kuat daya seksual, rambut anda?

Ada pelbagai cara untuk mentafsirkan karakter seseorang wanita. Tidak hanya caranya dalam mendepani sesuatu keadaan, malah penampilan fizikalnya juga boleh menggambarkan kualiti dirinya yang sebenar.

Mungkin ada sedikit kesangsian dengan pengkongsian ini, akan tetapi tahukah anda gaya rambut wanita juga berkait rapat dengan karakternya.

1. Rambut merah

Foto: redken.com

Sekali pun mungkin rambut itu diwarnakan, ini membuktikan seorang wanita memilih berpenampilan sebegitu. Mentafsir gaya wanita dengan rambut sebegini, dia seorang yang suka bersenang-senang. Selain tidak menggemari suasana bosan dan  punya selera humor yang baik.

Digambarkan sebagai seorang yang emosinya sentiasa berubah-ubah dan selalu berasa mahu digilai oleh kekasihnya, dia juga seorang yang kuat berdrama, kadang-kadang pemalu dan takut jika dirinya ditolak.

2. Rambut keriting

Foto: Ouidad

Wanita dengan rambut kerinting dikatakan mempunyai hati yang pemurah. Dari aspek pekerjaan, dia seorang yang cekap dan mampu melaksanakan tugasnya dengan segera berbanding orang lain.

Mereka adalah wanita dengan ciri kepimpinan kerana sentiasa ghairah dalam pekerjaan, berwawasan, dinamik dan punya kesedaran yang tinggi. Sayangnya, mereka agak sukar untuk fokus kepada sesuatu hal dalam jangka waktu yang lama dan boleh berubah menjadi ratu drama!

3. Rambut beralun, tebal dan berkilat

Foto: hairstyleholic

Seorang yang bertenaga dan mempunyai keinginan yang tinggi, agak emosional, mengharapkan hubungan yang serius dan mudah berasa hati. Kebebasan adalah perkara yang sangat penting baginya, justeru dia juga perlu masa untuk menyendiri.

Sesudah berasa tenang, wanita ini akan bangkit semula dan memancarkan semula tenaga kreatifnya.

4. Rambut tebal

Foto: merahputih

Wanita berambut tebal cenderung mempunyai tenaga yang luar biasa dan mempunyai semangat juang yang kuat, namun di sebalik itu, dia boleh berubah menjadi seorang yang keras kepala.

Bercakap mengenai olahraga pilihannya, wanita berambut tebal gemar memilih sukan lasak atau ekstrem.

5. Rambut lurus tetapi selalu dikeritingkan

Foto: scalsys.com

Gemar mengubah penampilan, bererti dia seorang yang cenderung mencuba fesyen baharu agar penampilan sentiasa kelihatan segar, tidak membosankan selain memuaskan keinginan.

Dengan gaya rambut keriting, wanita ini berupaya membuatkan orang sekeliling mudah tertarik kepadanya. Secara tidak langsung dia seorang yang suka menyebarkan pesanan positif dan menyenangkan ramai.

6. Rambut asli keriting tetapi gemar kelihatan lurus

Foto: allure

Tanpa wanita sedari, meluruskan rambut adalah tindakan untuk mencapai keseimbangan yang mana anda sebenarnya tidak menyukai keaslian yang menjadi identiti diri. Berusaha untuk kelihatan lebih terurus bahkan merasakan dengan berambut lurus membuatkan dirinya berasa tenang dan kelihatan lebih cantik.

7. Rambut panjang diikat tinggi

Foto: Elle

Selain dikatakan seorang yang sentiasa menetapkan hala tuju, wanita dengan gaya rambut sebegini mempunyai pemikiran yang logik dan penuh visi. Dia juga suka menggunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

8. Rambut membentuk widow’s peak (lengkungan berbentuk V dibahagian depan rambut)

Foto: SheKnows

Bentuk V mengingatkan kita pada simbol cinta. Tidak hairanlah wanita berambut widow’s peak dikatakan mempunyai daya tarikan sensual yang kuat dan mempersona dalam karakter misteri. Tidak sekadar itu, dia seorang yang berkarisma dan disegani.

9. Rambut bertingkat

Foto: African American Hairstyling

Proses pembuatan rambut layer atau bertingkat memerlukan ketelitian dan kemahiran. Jika kamu tergolong dalam kategori wanita yang menggemari rambut dengan potongan sebegini, bukan saja ia membuatkan kamu kelihatan lebih menarik, malah mempunyai karakter yang mementingkan kesempurnaan (perfectionist) dalam segala hal.

10. Rambut pendek

Foto: Style Interest

Orang-orang berpotongan rambut seperti ini seorang yang selalu menggunakan logik akal. Saat bekerja, mereka selalu menetapkan tujuan dan selalu terdorong untuk mencapainya.

Mereka juga seorang yang tidak sukakan bebanan atau mengambil pusing hal yang tidak penting. Hal ini amat berkait rapat dengan pemilihan rambut yang tidak memerlukan banyak kerja untuk merawatnya.

Oleh itu, yang mana satukah anda?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Nov 2018

Stail Hariannya Diabadikan Seorang Jurugambar Setiap Hari, Pakcik Ali Memang Stailo!

Di usia 86 tahun bukanlah penghalang untuk beliau tampil bergaya.

Featured Mon, 6 Mar 2023
#SkoolXTRA Tue, 14 Feb 2023
Featured Sun, 3 May 2020
Featured Wed, 7 Dec 2022

Pengsan Ketika Jawab Exam, Zaki Yamani Dikejarkan Ke Hospital

Allahu.. Semoga segera diberikan kesembuhan

Featured Mon, 30 Jan 2023