Oh Lawa By: tex_admin December 5, 2018 @ 2:00pm

Che Ta Kongsi Pantang Larang Yang ‘Haram’ Dibuat Pada Beg Tangan

Beg tangan antara aksesori wajib pelengkap gaya setiap wanita. Malah, kehadiran beg tangan yang sesuai turut menambahkan kecantikan dan keanggunan si pemakai. Rasa janggal jika tiada beg tangan di sisi kan?

Ada dalam kalangan wanita juga yang sanggup berhabis duit untuk mendapatkan beg tangan berjenama yang mereka dambakan. Rasa puas bila dapat beli! 

Tapi, bila dah beli mahal-mahal, sangat penting untuk menjaga beg tangan anda agar sentiasa cantik dan tak rosak. Baru-baru ini aktres jelita Rozita Che Wan atau Che Ta telah berkongsi tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap beg tangan. Nak tahu? Jom semak!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

1. Jangan sesekali simpan beg tangan dalam plastik

Pastikan anda tidak menyimpan beg tangan kesayangan di dalam beg plastik. Ini kerana, beg plastik akan memerangkap lembapan sekaligus akan menyebabkan tumbuhnya kulat. 

2. Jangan letak beg tangan anda di bawah lantai

Mungkin ada dalam kalangan anda yang gemar meletakkan beg tangan di lantai, tidak kiralah lantai kedai makan, lantai di rumah dan sebagainya. Hal ini kerana, kita tidak tahu sejauh mana tahap kebersihan lantai.

Tapi, penulis pasti, lantai memang banyak bakteria! Bakteria yang melekat pada beg tangan akan beralih pada bahagian badan anda. Ingat bakteria boleh menjejaskan kesihatan anda dan keluarga.

3. Jangan biarkan beg tangan anda kosong

Jangan sesekali simpan beg tangan dalam keadaan kosong. Sebaiknya, gumpalkan surat khabar dan isi penuh dalam beg tangan, barulah disimpan rapi. Cara ini dapat mengekalkan bentuk asal beg tangan dan ia akan kelihatan seperti baru beli!

4. Elakkan beg tangan daripada terkena matahari untuk tempoh yang lama

Jangan biarkan beg tangan anda terdedah dengan cahaya terus daripada matahari. Ini kerana, cahaya tersebut akan menjejaskan warna beg tangan anda. Bila warna dah pudar tak cantiklah kan!

Mudah saja nak jaga beg tangan untuk kekalkan keseriannya! Jadi, sayangi dan jagalah beg tangan anda sebaiknya.

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018

Tutorial Solekan Si Cantik Gadis Melayu Mira Filzah

Jom tampil ayu seperti Mira Filzah!

Featured Wed, 24 Jul 2019

Uqasha Senrose bongkar rahsia mengenai dirinya

Yang terakhir paling tak sangka!

Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018
Featured Fri, 25 Oct 2019
Oh Lawa Tue, 14 Aug 2018
Oh Lawa Mon, 2 Jul 2018
Featured Fri, 20 Mar 2020
Oh Lawa Mon, 27 May 2019

Rancangan kecantikan Get It Beauty On The Road kembali dengan Edisi Raya!

Saksikannya di Astro Ria untuk mendapatkan panduan kecantikan ala Korea!

Featured Tue, 20 Feb 2018

20 Foto Evolusi Fesyen Rihanna Dari 2005 Hingga Kini, Memang ‘Wow’!

Sejak muncul dengan lagunya Pon de Replay pada tahun 2005, Rihanna telah melakar namanya di arena seni bukan saja dengan lagu-lagu yang meletup, suara yang mantap, stage presence yang ikonik malah dia juga terkenal dengan citarasa fesyennya […]

Oh Lawa Tue, 7 Aug 2018

Freckles Dulunya Dianggap Hodoh Tetapi Kini Jadi Kegilaan Dalam Solekan

Jeragat atau freckles pada wajah dianggap sebagai salah satu bentuk ketidaksempurnaan, bintik-bintik tersebut kini memiliki daya tarikan tersendiri bagi para wanita.