Categories: Oh Lawa

Cruise 2019, terjemah sisi maskulin dan feminin Jennifer Lawrence.

Gabungan elemen feminin dan maskulin wanita Dior digabungkan untuk menghasilkan sinergi unggul Koleksi Cruise 2019.

Aktres jelitawan Jennifer Lawrence sekali lagi menjadi wajah ‘favourite’ jenama itu sejak membuat kemunculan pertama pada 2012.

Konsep koleksi terkini Dior itu diilhamkan oleh Pengarah Kreatif Dior, Maria Grazia Chiuri yang meneruskan perjuangannya untuk memberi suara kepada golongan wanita di serata dunia menerusi landasan fesyen.

Menjiwai konsep koleksi Cruise 2019 Dior, Lawrence tampak hebat menggayakan rekaan berkenaan yang menggabungkan elemen ‘power suit’ digayakan bersama skirt, sekaligus membangkitkan ciri maskulin dan feminin.

Berlatar belakangkan  tanah tandus sekali gus menghidupkan semangat -wanita escaramuza yang merupakan inspirasi utama Chiuri kali ini.

 

Sumber: GLAM

 

Yanie Baharom