Categories: Oh Lawa

Dambakan Mata Sihat Dan Cantik, Jom Baca Tips Ini!

Mata merupakan antara pancaindera yang penting pada tubuh kita. Justeru, amat penting untuk kita menjaga anugerah yang sangat bernilai ini.

Nak tahu bagaimana untuk mendapat mata sihat dan cantik, jom semak tip di bawah.

1. Peraturan 20/20/20

Menatap komputer atau apa sahaja skrin digital boleh membuatkan mata kering dan letih. Peraturan 20/20/20 mungkin membantu. Setiap 20 minit, lihat sekurang-kurangnya 20 kaki ke tempat lain selama 20 saat untuk merehatkan mata.

2. Alat pelindung mata

Amalkan penggunaan cermin mata gelap pelindung UV dalam aktiviti harian. Terdedah kepada sinar UV yang berlebihan akan menyebabkan katarak, merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata.

3. Senaman

Senaman ringan dengan menggerakkan mata ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah selama satu minit mampu meredakan ketegangan di sekitar otot mata.

4. Pemakanan seimbang

Amalkan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan yang tinggi kandungan Vitamin A. Sayuran hijau seperti bayam dan cekor manis mengandungi lutein juga baik untuk mata.

5. Berhenti merokok

Merokok boleh merosakkan saraf pada mata sekaligus menjejaskan kesihatan mata.

6. Elak gosok mata dengan kuat

Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel saraf pada mata. Guna kain bersih untuk menggosok mata bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

7. Bersihkan mata daripada solekan

Pastikan solekan pada mata dibersihkan sebelum tidur bagi mengelakkan bahan kimia daripada produk meresap ke dalam mata. Elak berkongsi kosmetik atau guna tester di kedai. Buang produk yang lama untuk elakkan jangkitan.

8. Kekal berat badan sihat

Berat badan berlebihan atau obesiti meningkatkan risiko diabetis yang boleh akibatkan glaucoma dan buta.

 

9. Jangan Abaikan Masalah Mata

Lakukan pemeriksaan mata secara rutin dan segera berjumpa doktor jika alami masalah mata yang berlanjutan.

Sumber: Web MD

Ad Ops