Categories: Oh Lawa

Ekstrak Batu Permata Berupaya Mencantikkan Kulit Tapi Tidak Ramai Tahu

Adakah anda tahu bahawa batu permata mempunyai manfaat lebih daripada kegunaan biasa sebagai aksesori atau perhiasan mewah untuk wanita?

Bagi mereka yang belum tahu, ekstrak batu permata sebenarnya mampu membuatkan kulit wajah cantik berseri. Ini kerana ia kaya dengan bahan mineral yang dapat merealisasikan kulit cerah berseri.

Salah satu jenama produk penjagaan wajah yang menggunakan formulasi ini adalah Meeracle Facial Cleanser yang pertama di Asia dan Malaysia menghasilkan produk yang berasaskan formula batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi dan mutiara.

Gabungan tiga ekstrak unik yang disumberkan dari Perancis ini kemudian dicipta untuk memberikan kulit lebih berseri serta halus muda. Ingin tahu apakah benefit ekstrak berlian, rubi merah dan mutiara, informasinya di bawah ini.

1. Ekstrak Berlian

Foto : Expert Beacon

Berfungsi dalam melembutkan kulit, memberikan tona kulit sekata, memudarkan kesan parut serta kedutan dan menjadikan kulit halus mulus berseri.

2. Ekstrak Batu Rubi Merah

Foto : alma geo blog

Ia memulihkan kesihatan dan keserian kulit, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit sekaligus membuatkan kompleksi tona kulit kelihatan seakan merah jambu semula jadi.

3. Ekstrak Mutiara

Foto : Healthy Diet Base

Kehebatan dan kelebihan ekstrak mutiara ini bukan lagi rahsia malah banyak produk penjagaan wajah yang terdapat di pasaran diformulasi menggunakan esktrak mutiara yang mampu melembap, bertindak sebagai anti-penuaan dan mencerah serta menganjalkan kulit.

Sumber : Eh!

Yanie Baharom