Categories: HiburanSelebriti

Minat Seni Khat, Datuk Aaron Aziz Lancar Kempen ‘Journey To Insyirah’

Seni khat antara khazanah seni tertua milik orang Islam yang perlu dikekalkan dan dijaga.

Seni khat juga menjadi pilihan semasa bagi mereka yang mahukan rekaan dinding rumah atau pejabat agar kelihatan lebih menarik!

Sehubungan itu, Datuk Arron Aziz melancarkan kempen Journey To Insyirah mengeluarkan siri khas seni khat dalam memberi lebih banyak pilihan kepada seni khat di luar sana.

Berkongsi kisah disebalik kerjasama ini, pelakon popular ini memberitahu minat yang mendalam terhadap seni khat membuka ruang kolaborasinya menerusi kempen ‘Journey To Insyirah’ ini.

“ Melihatkan hasil seni khat yang dihasilkan membuatkan saya tertarik dan memikirkan bentuk kerjasama sesuai.

“ Saya rasa kempen ini lebih dekat dengan jiwa saya,” katanya.

Menerusi kempen ini setiap penjualan Aaron Aziz Series Ruqyah Edition, 20 peratus keuntungan akan disumbangkan kepada rumah kebajikan terpilih.

“ Bukan saja bermanfaat untuk pembeli, tetapi penjualan mampu memberi kegembiraan kepada orang lain. Saya percaya kempen ini boleh berjaya dengan usaha dan kerjasama semua,” katanya.

Aaron Aziz Series Ruqyah Edition boleh didapati dalam enam ukuran dan harga jualan juga mampu milik dengan harga permulaan daripada RM99-RM999.

SGMS Faida