Memang seronok kalau ke pejabat, boleh bercelana denim. Terasa bebas dan santai!
Di The New Straits Times Press misalnya, membenarkan kakitangan memakai denim pada Jumaat dan hari minggu dengan syarat mestilah berwarna gelap dan sopan tanpa koyak sana-sini.
Sebenarnya pemakaian denim boleh kelihatan separa formal, tetapi penggayaannya haruslah betul dan bersesuaian. Ini kerana tidak semua jenis denim sesuai digayakan ke pejabat.
Hendak tahu, bagaimana cara yang betul memilih denim, teruskan membaca artikel ini.
Jeans yang ketat pada kaki tampak lebih kemas. Pastikan ianya muat sempurna, tetapi bukan sehingga terlalu ketat.
Denim berona gelap adalah sangat bersesuaian untuk dikenakan kala ke tempat kerja. Acid wash sememangnya cantik tetapi tidak berapa sesuai dengan pejabat.
Denim berona gelap adalah selamat untuk dipakai kerana ia boleh bertindak sebagai rona semula jadi dan lebih kelihatan seperti seluar atau skirt hitam.
Denim yang dihiasi aksesori seperti batu berkilau sememangnya versatil dan bergaya, namun ianya tidaklah bersesuaian untuk digayakan di pejabat.
Padanan dengan ceraian bukan denim, adalah untuk memastikan agar anda tidak kelihatan terlalu kasual.
Kemeja berbutang, kasut baji (wedges) atau but paras buku lali adalah antara yang sesuai untuk ke pejabat. Suaikan bersama blazer, sudah pasti menaikkan penampilan seharian kala di pejabat.
Elakkan pemakaian satu set denim (atas dan bawah) untuk mengelakkan penampilan kelihatan terlalu santai seolah-olah hendak bersiar-siar bukan ke pejabat!
Berikan perhatian pada labuh jeans yang anda pakai. Jika ianya terlalu labuh, anda akan tampak tidak kemas. Terlalu pendek pula akan tampak seakan ingin bersantai. Jadi, pastikan panjang denim yang anda pilih bersesuaian.
Sumber: Nona
Moga FH dipermudahkan urusan dan kembali sihat seperti sediakala!💪💪💪
Allahuakbar, kenapa pemain bola sepak kita banyak kena serang ni? 🥹
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️