Categories: Oh Lawa

Hilangkan Mata Panda Hanya Gunakan Serbuk Kopi Dan Minyak Kelapa Dara. Berkesan!

Golongan ibu-ibu biasanya tidak cukup tidur lagi-lagi yang mempunyai anak kecil. Pasti akan berjaga malam, anak nak susu tengah malam, anak demam ke dan sebagainya. 

Kalau dah tak cukup tidur, lingkaran hitam bawah mata pasti akan timbul. Keadaan ini akan membuatkan wajah kita nampak lesu dan tidak bermaya.

Jangan risau, anda boleh menghilangkan lingkaran hitam tersebut hanya menggunakan 2 bahan ini sahaja iaitu serbuk kopi dan minyak kelapa dara. Tip kecantikan ini adalah atas perkongsian Cikgu Sarifa Redzuan II yang dituju khas bagi anda yang nak sentiasa cantik. Ikuti cara ini:

1. Campurkan 1 sudu serbuk kopi ke dalam mangkuk yang berisi minyak kelapa dara.

2. Cuci wajah dengan bersih dan keringkan. Sapukan ramuan tersebut di bawah mata. Biarkan selama 15 minit.

3. Selepas 15 minit, urut dengan perlahan-lahan bawah mata. Kemudian, cuci menggunakan air bersih.

4. Amalkan setiap hari sebelum anda masuk tidur.

Mudah sangat kan? Anda perlulah rajin amalkan selalu barulah dapat kesan yang best. Anda juga boleh jadikan ramuan ini untuk scrub muka dan badan anda juga. Hasilnya kulit akan lebih lembut dan halus.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Sarifa Redzuan

tex_admin