Categories: Oh Lawa

Huda Beauty Akan Lancarkan Produk Terbaru Yang Dikatakan Menampilkan Formula Luar Biasa!

Tak dapat dinafikan yang Huda Beauty merupakan salah satu jenama makeup yang paling popular dalam kalangan wanita di serata dunia.

Boleh dikatakanlah yang ia sama taraf dengan jenama-jenama antarabangsa yang lain seperti MAC, Benefit dan Bobbi Brown.

Setiap keluarannya di tunggu-tunggu, termasuklah yang akan datang ini tapi tak banyak info yang telah diberikan setakat ini.

So far kita kita cuma tahu yang ia digelar New Nude Eyeshadow Palette. Ia terdiri daripada beberapa tona neutral serta beberapa shade dan finish yang anda tak pernah lagi jumpa di pasaran. Wah!

Pengasas jenama ini, Huda Kattan, memberitahu Popsugar yang mesej di sebalik palette ini adalah supaya si pemakai rasa seksi.

 

“Bila kami sedang memikirkan idea untuk produk ini, saya teringat pada masa saya dah siap bermekap dan saya sedang memakai outfit kegemaran. Saya rasa sangat confident dan seksi,” ujar Huda.

“Kita patut pakai makeup bukanlah untuk mengagumkan atau memikat hati orang lain tapi diri kita sendiri. Itulah emosi yang saya nak tangkap dan gunakan sebagai mesej di sebalik palette ini.”

Game-changer

Huda juga mendedahkan yang palette ini memberi kelainan iaitu dari segi penggunaan formula eye shadow baru yang mengandungi cebisan mutiara halus dan bersinar.

Ciri-cirinya yang boleh bertukar warna membolehkan pengguna bereksperimen dengan rupa eyeshadow neutral mereka.

“Formula yang kami tawarkan ini memang belum pernah ada di pasaran,” tambah Huda lagi.

“New Nude Palette ini adalah salah satu palette yang paling saya gemari – warnanya sangat cantik dan menampilkan formula terbaru yang eksklusif bagi Huda Beauty.”

Anda excited tak? Huda katanya akan dedahkan lebih banyak info tak lama lagi. Sabar sajalah ya!

Sumber: Popsugar

Ad Ops