Categories: Oh Lawa

Ikuti Tip-Tip Ini Untuk Memilih Baju Peplum Yang Sesuai Dengan Potongan Badan Anda

Nampaknya stail fesyen peplum adalah satu trend yang akan kekal untuk masa yang lama.

Ia telah diperkenalkan pada kurun ke-19 sebagai kain lebihan yang dijahit pada baju, seluar dan skirt supaya badan si pemakai nampak lebih curvy.

Peplum merupakan trend fesyen terbesar pada tahun 40an dan 80an, tapi ia kembali popular pada tahun 2012 setelah ia dipersembahkan di atas runway.

Nak bergaya dengan style peplum? Anda tak perlukan banyak aksesori, tapi baju jenis ini mudah disalah pakai jika anda tak tahu cara untuk menyesuaikannya dengan bentuk badan anda.

Ini dia panduan mudah yang anda boleh ikuti supaya anda nampak menawan di dalam baju peplum berdasarkan body shape.

Badan langsing

Foto: www.cafelamoda.co.uk

Jika badan anda tegak dengan anda mempunyai bentuk pinggang yang sedikit ketara, pilih peplum yang terletak betul-betul di pinggang anda supaya ia menampakkan kontras di antara bahagian pinggul dan pinggang. Jika anda mempunyai bahu yang narrow, baju dengan padding di bahunya atau lengan baju yang puffy boleh mengimbangkan bentuk badan anda.

Badan berbentuk pear

Foto: www.stylishdressing.com

Jika anda pernah dengar yang wanita yang berbadan curvy patut elak daripada memakai peplum, jangan percaya. Peplum memang boleh mencantikkan bentuk badan wanita itu. Pilih saja baju yang dijahit kemas supaya ia nampak fit, dan hujungnya sampai ke pinggang.

Badan berbentuk epal

Foto: thenylareport.files.wordpress.com

Peplum memang perfect untuk golongan ini kerana ia menarik perhatian orang lain ke bahagian badan anda dan menambah “volume” ke lenggokan badan. Cuba pelbagai jenis baju peplum dan pastikan peplum itu terletak betul-betul di tulang pinggul. Kalau tak jumpa, cuba saja beberapa baju sampai dapat satu yang betul-betul compliment badan anda.

Badan berbentuk hourglass dan plus size

Foto: www.tagthattrend.com

Anda perlu cari peplum yang kemas. Jangan pilih yang ada banyak ropol kerana ia akan membuat anda nampak lagi besar. Tambahkan tarikan kepada peplum anda dengan memilih warna yang bold dan kain yang bercorak.

Secara kesimpulannya, peplum elok dipakai dengan seluar tirus atau skinny jeans, dan rantai statement yang ringkas.

Jangan pakai dengan seluar yang terlalu longgar, ataupun dengan selipar dan kasut sneakers. Tak sesuai langsung!

Sumber: Lipstiq

Ad Ops