Categories: Trending

Supermodel Gigi Hadid Kembali Ke Pangkuan Bekas Kekasihnya Zayn Malik

Memuat naik gambar bersama bekas teman lelakinya, penyanyi Zayn Malik di Instagram menimbulkan tanda tanya peminat mengenai status hubungan mereka.

Ramai yakin supermodel Gigi Hadid dan Zayn kembali bersama. Ramai menyangka pasangan itu sudah kembali bersama apabila gambar tersebut memperlihatkan Gigi baring di paha Zayn yang mungkin memberi maksud hubungan itu kembali jernih.

Foto: Evening Standard

Pasangan itu pada Mac lalu mengumumkan perpisahan mereka namun akan tetap menyokong antara satu sama lain.

Zayn dalam satu temu bual memberitahu Gigi adalah seorang yang lemah lembut, penyayang dan membawa erti kepada hidupnya.

Foto: kohajone.com

Sumber: People

Yanie Baharom