Categories: Oh Lawa

Ini kesan guna produk pemutih kulit terhadap sistem dalaman

Kecantikan itu bersifat subjektif, kita tidak boleh menafikan bahawa kulit yang cerah ialah sesuatu yang didambakan oleh ramai wanita di negara kita.

Sejak beratus-ratus tahun dahulu, manusia dipengaruhi oleh idea yang mana orang yang berkulit cerah dianggap lebih cantik dan berdarjat tinggi dalam hidup.

Mereka yang berkulit gelap pula dilihat sebagai golongan bergaji rendah yang sering bekerja sebagai buruh kasar di bawah cahaya matahari.

“Di Asia, mentaliti ini wujud di negara China di mana ramai peladangnya yang berstatus rendah sebenarnya berkulit gelap,” kata pakar kulit Dr Salima Amsa.

“Pada zaman sekarang pun, mentaliti itu tetap ada. Kulit cerah ialah sesuatu yang kita faham sebagai cantik. Lihatlah watak fiksyen seperti Snow White dan Barbie.”

Kerana adanya keinginan ini dalam kalangan pengguna, pihak pengeluar barangan kosmetik telah menghasilkan produk yang kononnya mampu memutihkan kulit.

Pengeluar yang bertauliah mungkin boleh dipercayai kerana barangan mereka diluluskan dan disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malangnya ada juga pengeluar yang hanya ingin mengaut keuntungan dengan tidak menghiraukan langsung mengenai kelulusan KKM ini.

Kebanyakan daripada mereka juga menggunakan bahan kimia seperti merkuri yang merbahaya untuk kesihatan. Kerana harganya yang rendah, ramai wanita terpedaya.

Salima ialah pemilik rangkaian penjagaan kulit Salima Skin Solutions.

Cantik di luar, sakit di dalam

Produk murahan ini mungkin betul-betul berkesan dalam memutihkan kulit. Tetapi kecantikan yang diperoleh itu sekadar  luaran sahaja.

“Pada hari ini, anda berusaha untuk dapatkan kulit yang putih berseri. Esoknya pula, ada potensi anda akan ditimpa masalah kerosakan organ,” kata Salima.

Menurut WebMD, ramuan aktif dalam sesetengah produk pemutih kulit ialah merkuri. Bahan ini adalah agen toksik yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang serta gangguan psikiatrik dan neurologikal.

Wanita hamil yang menggunakan produk mengandungi merkuri boleh membahayakan bayi dalam kandungi kerana  merkuri ini turut memberi kepada bayi dan kesan ini sememangnya dahsyat.

Salima juga ada kongsikan kesan-kesan lain, berdasarkan pengalamannya dalam mengendalikan pelbagai masalah dermatologi.

“Kulit anda akan melalui proses penuaan 10 kali lebih cepat daripada biasa,” katanya kepada Hijab & Heels. “Kemudian, kulit anda akan melalui tahap ekimosis di mana ia kehilangan warna. Hasilnya kulit anda akan bertukar kelabu.”

Malangnya sesetengah wanita tidak tahu yang jika mereka berhenti menggunakan produk ini, jerawat dan bisul akan tumbuh pada kulit mereka sebagai kesan sampingan.

Jadi untuk “kekal cantik,” mereka terpaksa teruskan kitaran ini. Tetapi sampai bila?

Inilah akibat penggunaan produk pemutih yang mengandungi merkuri. Sumber: Isis Golde

Buat keputusan yang cerdik

Bagi mereka yang sudah terkena, tidak perlu risau. Salima yang mempunyai perniagaan berkaitan rangkaian penjagaan kulit Salima Skin Solutions, berkata kulit mereka masih boleh dipulihkan dengan rawatan dari luar dan dalam.

Bagaimanapun, rawatan pemulihan berkenaan bergantung kepada kadar kerosakannya, ia akan memakan masa yang lama. Jadi lebih baik kita mengelak daripada terkena. Betul atau tidak?

“Ada sebabnya produk pemutihan ini diharamkan. Pihak kerajaan atau mana-mana badan yang berkenaan tidak boleh memantau setiap keputusan yang anda buat sebagai seorang pengguna,” kata Salima.

“Anda sendiri patut bertanggungjawab untuk memeriksa bahan kimia apa yang terkandung di dalam produk yang digunakan. 

“Terdapat banyak maklumat di luar sana; bukannya susah untuk mengkaji apa yang selamat untuk kulit kita dan apa yang tidak. Fikirkan sejauh mana anda sanggup membahayakan diri demi kecantikan.”

Untuk mencuba produk Salima Skin Solutions, dapatkannya di laman web rasminya. Klik pada pautan ini

Ad Ops